Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Friday, March 4, 2011

HARGA RUMAH MAHAL: INI KALI MEMANG ADA KERAJAAN YANG TUMBANG!

Harga rumah mahal. Mahal nak mampus. Mahal cekik darah. Tak kira dimana-mana pun di Malaysia ini harga rumah naik mendadak terutama di Lembah Kelang. Bayangkan harga rumah RM400,000 ke RM3.2 Juta!. GIla kau!. Siapa yang hendak beli?

Rasional kenaikan adalah disebabkan permintaan. Permintaan daripada siapa? pembeli? haram jadah kau orang semua kena tipu.

syarikat pembinaan kata pembeli yang menentukan harga. ada ramai pembeli yang hendak beli rumah maka harga pun naiklah. Kalau kita dengar ni mesti kita akan percaya. Tapi hakikatnya tidak.

sebenarnya market pembeli tak ramai. ada beberapa kategori pembeli. pertama pembeli tempatan dan kedua pembeli luar negara.

pembeli tempatan ada dua kategori iaitu pembeli  yang hendak beli first time dan pembeli tempatan yang hendak beli property kedua dan seterusnya. Mereka ini (pembeli property kedua) adalah investor dan spekulator. Tugas mereka adalah untuk beli dan jual rumah kemudian dapat untung atas angin. Yang jadi mangsa pembeli pertama. Ratanya yang baru je grad, baru je kerja dan baru nak berumahtangga.

Rata-rata mereka yang baru grad adalah dalam lingkungan 20-ke 30an. Gaji pun dalam RM2k ke 4K. Berapa ramai budak-budak yang baru grad ini mampu beli rumah RM300k ke atas? angkat tangan dan kira. Tak sampai berapa kerat pun bang oi. Kenapa? sebab budak-budak ini banyak komitmen lain. banyar hutang pinjaman la, hutang kereta la hutang kawin la hutang mak bapak la. jadi kredit rating mereka hancur!.

Kemudian mereka ini nak beli rumah kos rendah yang dalam RM200K ke bawah. dey! mana ada dah rumah macam tu. Syarikat pembinaan sekarang bina rumah yang RM300k ke atas je. So mereka-mereka ini terpaksa la beli rumah bawah RM100k yang dikhususkan untuk golongan berpendapatan rendah. Kau bayangkan, berpendapatan rendah pun hanya boleh beli rumah RM100k ke bawah. Gila ke apa.

Akhirnya golongan baru grad ini tak dapat la nak beli rumah. Dan terpaksa menyewa. Inilah time pembeli tempatan yang beli property kedua dan seterusnya masuk.

Pembeli jenis ini mereka memang nak beli untuk jual semula dan untuk sewakan (invesment). Mereka ada duit kerana selalunya mereka ini golongan yang memang kaya raya. Tengok je arwah soosilawati berapa dia punya rumah sewa? berlambak beb.

Akhirnya mereka ini beli dan jual atau sewakan. Kalau beli untuk jual memang mereka akan markup harga gila-gila. Kau tengok ye, bila dalam kawasan itu ada rumah yang dibeli dengan harga RM300K kemudian dijual dengan harga RM340K dalam masa 6 bulan sahaja maka tentu rumah lain akan naik harga kaw-kaw punya. Meleleh la air liur nengok rumah tu. Kemudian ada lak kawasan pembinaan lain sebelah kawasan yang rumah telah dijual tadi. Pemaju sebelah tengok harga kawasan tadi tu boleh jugal RM340K dia pun up lagi harga rumah dia (yang baru nak bina tu) kepada RM400K dan begitulah seterusnya.

Bab pembeli luar negara pulak lagi haru. Pernah dengar Malaysian my2nd home? ha tu la hantunya. Disebabkan nak tarik sangat orang luar duduk kat Malaysia ni maka kita pun bagi la kelonggaran untuk mereka ini milik rumah di Malaysia. Ingat tau, mereka ini kaya raya. Gila kaya sampai boleh beli berpuluh-puluh buah rumah mahal. Lepas beli tanah dan rumah mereka pun cabut lari ke negara lain. ceh mana datang untung negara kita? aku pun tak tahu. Alih2 tanah dan rumah yang mereka beli tu jadi ekslusif. Maka Kawasan pembinaan sebelah pun jadi eksklusif juga yakni jadi mahal nak mampus sebab konon-kononya kawasan tu dah jadi kawasan elit. lagi sekali pembeli pertama gigit jari.

inilah dia senario kat malaysia. Yang gaji rendah boleh beli rumah. Yang gaji banyak ya amat pun boleh beli rumah. Yang tak ada rumah adalah golongan pertengahan iaitu golongan professional yang muda yang baru grad yang baru kawin.

haram jadah betul. Kalau la keadaan ini tak dibetulkan oleh Kerajaan maka ada "chance" la Kerajaan akan kalah teruk kali ini. Ingat isu makan, rumah dan kerja adalah isu sensitif. Kegagalan untuk kawal benda ini akan membuatkan undi pun gagal di kawal. Ingat PRU13 dah dekat sangat.

p.s
Kawasan putrajaya bukan untuk kakitangan Kerajaan pasal apa? pasal harga rumah paling murah kat sana pun RM3Milion tau! itu semi D. Cakap kat aku mana kakitangan Kerajaan yang ada gaji untuk beli rumah RM1M pun! sape! sape?.


Saturday, December 4, 2010

POTONGAN WAJIB TIAP-TIAP BULAN UNTUK ISTERI

Wanita Gerakan cadangkan supaya tiap-tiap bulan gaji suami dipotong untuk isteri/anak apabila pasangan bercerai. Idea yang baik tapi bodoh untuk dicadangkan.

Kenapa bodoh? pertama, kalau isteri yang baik mungkin boleh dipertimbangkan. Buatnyer isteri yang curang, yang bunuh suami, yang penipu, yang bangsat? macam mana? layak ke mereka ini diberikan duit tu?

Yelah, ada orang akan argue yang anak dan bekas isteri dua perkara yang berbeza. Hak anak tetap kena bagi. Tapi yang bongoknya adalah, kalau kau tau isteri kau tu jenis haram jadah tak boleh harap, anak tu tak payah la bagi pada bekas bini tu. baik kita jaga.

Satu hal lagi, ni soalan yang perlu kita tanya, janda je ke yang tak mampu tanggung diri, lelaki macam mana? balik-balik janda, asyik-asyik janda, ni ha duda tu, ingat hidup senang ke. Lepas bercerai, harta dah berpecah-pecah. Duit pun dah kurang sangat. Moral dah rendah. Apa wanita gerakan ingat semua lelaki kalau bercerai enjoy ke? apa punya bodoh mereka ni.

Ni cadangan blog ini, caruman bulan-bulan itu baik. Tetapi lebih baik kalau dibuat caruman untuk bersama. Ini bermakna, caruman itu boleh digunakan apabila pasangan bercerai dan untuk kebaikan bersama pasangan tersebut. Ini tidak, balik-balik, janda-janda yang untung. Oii.,perkahwinan tu kalau tak perempuan pun hendak, tak menjadi. Ini bukan zaman kawin paksa lagi.

Wednesday, April 14, 2010

Kira Bil Elektrik Anda Sekarang!

Hi everyone!

Do you know what contributes to your monthly electricity bill?


For those in Semenanjung Malaysia, TNB’s tariff is approximately 30 sen to 45 sen per kilowatt-hour (kWh), depending on your usage.
The more you use, the more expensive the rates!


Below is a short table of common electrical appliances, and a rough estimate on how much they cost to run for every hour.
(The cost may seem low, but remember, even using 3 sen/hour means that you will be paying about RM 20 a month if you leave it on for 24 hours a day!)

 


Appliance
Estimated cost (sen/hour)
Fluorescent lights
1 sen
Wireless Router
1 sen
ASTRO decoder + dish
2 sen
Table Fan
2 sen
Incandescent lights
3 sen
Ceiling Fan
3 sen
Computer (laptop)
5 sen
CRT ( ‘normal ’) TV (21 inch)
3 sen
LCD TV (32 inch)
7 sen
Computer (desktop)
9 sen
Plasma TV (42 inch)
10 sen
Washing Machine
15 sen
Vacuum Cleaner
17 sen
Electrical Clothes Iron
33 sen
Electric Hot Plate
46 sen
Air Conditioning
46 sen
Electric Water Kettle
50 sen


Monday, February 22, 2010

CARA ORANG MELAYU DAHULU KALA CARI BINI


Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.


Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas


Wanita berunsur Tanah


Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.

* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.

* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.

* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


Wanita berunsurkan Air


Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.

* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.

* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.

* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Wanita yang berunsurkan Api


Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.

* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.

* Penasihat yang baik kepada suami.

* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.

* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


Wanita berunsur Angin


Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:


* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.

* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.

* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan.

www.ideapelampau.blogspot.com

Thursday, January 28, 2010

RUMAH BARU: KESAN KECACATAN PADA RUMAH BARU


Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Air. 



1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada. 



2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar. 



3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu. 



4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki. 



5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu. 



6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je). 



7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit. 




Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Elektrik 



1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius (suis yg kecik & banyak tu, tak tau nama) tu satu persatu... 



2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem.. 



3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan... 



4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan depa dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah.. 





Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Jubin (Tiles)
 

1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar... 



2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga... 



3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok... 





Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Pintu dan Kunci 



1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate. . 



2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock.. 



3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu... 



4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof. .. jgn simpan tangga kat belakang rumah... 



5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar... 



6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka.. 



7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok.. 





Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Grill besi atau Geriji 



1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti.. 



2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam... 



3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut... 



4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besu yang ditanam dan weld ke tingkap.. 



5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drp luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka.. 





Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan bumbung, atap atau ceiling (roof) 



1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ... 



2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu.. 



3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta depa replace segera... 



4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu.. 



5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukat kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung. .. 



6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan... 



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan tangki air 

1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia.. 



2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/ pasir... 



3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan... 



4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana... 



5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function... 



  

ADAB & DOA 

========= 

1. Boleh baca doa yang biasa tu... 



Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri 



2. Baca bismillah & beri salam ketika masuk... 



3. Niat masuk rumah untuk berlindung/beribada h kerana ALLAH.. tawakkal kpd ALLAH.. 



4. Azan di setiap sudut atau bilik dalam rumah.. 



5. Baca Surah Al Baqarah ayat 1 sampai habis.. "Sesungguhnya Syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah." 



6. Amalkan bacaan ayat² al quran, yassin dan solat berjemaah satu family... ayat kursi juga..
 

7. Sebelum masuk bleh buat solat jemaah/solat hajat mohon perlindungan ALLAH.. 



8. Buat kenduri kesyukuran dan jamulah fakir miskin & anak yatim... bukan party nie.. 



9. Bila nak keluar rumah, semasa nak kunci tu baca bismillahi tawakkal 'alallah dan baca doa nie.. minta Allah lindungi harta kita..

www.ideapelampau.blogspot.com