Showing posts with label lebuh raya. Show all posts
Showing posts with label lebuh raya. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

KENDERAAN MASA DEPAN: KERETA TANPA CERMIN SISI!

Saya membayangkan pada masa depan tak jauh pun dalam 5 ke 10 tahun kereta konvensional akan mula digantikan dengan kenderaan canggih yang mesra alam serta berteknologi tinggi.

Pada masa itu kenderaan petrol akan berkurangan ke kadar 50%. Kenderaan ini akan digantikan oleh kenderaan hibrid atau kenderaan elektrik sepenuhnya.

Pada masa itu juga cermin sisi kenderaan akan digantikan dengan kamera berteknologi tinggi. Cermin sisi akan digantikan dengan video di panel dashboard. Pada masa itu juga mengundur kan kereta tidak ada masalah lagi kerana kamera undur juga dipasang di belakang kereta.

Sesat di jalan? pada masa depan, perkara itu tidak akan berlaku dengan kerap. Dengan adanya navigasi GPS yang lebih tepat dan teknologi pemetaan digital yang hebat maka pencarian arah akan menjadi lebih mudah, tepat dan murah.

Pada masa depan juga teknologi tayar kereta akan dipertingkatkan. Tayar conventional akan diganti dengan tayar yang lebih nipis getahnya tetapi lebih mencengkam serta murah untuk digantikan.

Sunday, July 4, 2010

KERETA, TAYAR DAN KEMALANGAN: TIPS UNTUK ANDA (DAN POLIS DI BAWAH ARTIKEL INI)


Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung  itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul  duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.
1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz  rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan  kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.
2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi  tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam kepermukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada menunggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual taayr degan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan  tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana  yang kurang panas dan apabila digunakan diMalaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama  tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

KERETA PERONDA POLIS MALAYSIA MITSUBISHI EVOLUTIAN KEMALANGAN


Apabila kereta polis yang mahal Kemalangan





Wednesday, March 24, 2010

KAD TOUCH N GO PENIPU


Rupa-rupanya kad Touch n Go (TnG) pun tak boleh diharap.Kaki tipu jugak.Oleh itu,hangpa dinasihatkan supaya berhati-hati dengan baki kad TnG hangpa.


Aku sendiri dah terkena beb! Masa keluar dari tol Jalan Duta baki kad TnG aku ada RM92.90,tapi bila melalui sebuah lagi tol terbuka di Lebuhraya Duke yang berharga RM2.00, baki kad telah menjadi RM74.30.

Ini bermakna aku telah dicaj RM18.60 untuk tol yang berharga RM2.00. Aku kerugian RM16.60.Itu baru aku sorang yang perasan terkena.Macamana pula bagi orang lain yang tak ambik pot dengan baki kad masing-masing? Kalau sorang dia tipu seringgit, cuba hangpa congak kalau 5 juta pengguna dia tipu sorang seringgit.Buta- buta saja...

Aku pun selama ni tak ambik pot dengan baki kad,hari tu boleh perasan sebab baru top up sebelum masuk tol Juru,sebab tu la senang detect pasai ada resit top up tu lagi kat dalam poket.

Kes ni,aku dah pi buat report kat kaunter TnG,dia kata dalam masa sebulan dia akan bayar balik duit yang terlebih potong tu.Sempat la depa rolling duit tu dulu...aku kasi can la kali ni.Lain kali kalau kena tipu lagi,aku nekad bawak pi mahkamah beb.

Jadi berhati-hatilah kerana penyangak ada di mana-mana saja sekarang ni.Jangan terlalu mempercayai sistem buatan manusia.


dipetik daripada emel

www.ideapelampau.blogspot.com

Tuesday, February 23, 2010

PEMBULI JALAN RAYA SEORANG WANITA!


Benda nie terjadi pada saya pada hari Sabtu yang lalu ketika balik dari Sunway Pyramid. Ketika berada dalam kesesakan di laluan tol LDP, tetiba jak ada sebuah kereta Toyota Avanza memotong queue. Banyak kereta ikut giliran, tapi orang nie tak sabar sangat terus jak masuk depan kereta saya tanpa menggunakan signal langsung, nasib baik sempat nak brek, kalau tak terjadi kemalangan yang hanya akan menambahkan kesesakan lalu lintas. Kerana geram dan nak beritahu dia supaya berhati-hati dan tidak melakukannya lagi pada pemandu-pemandu lain, saya bagilah signal ‘Highlight’ sekali. Ingatkan benda nie berhenti kat situ jak, ingat dia faham maksud kita nie.


Rupanya dia tak puas hati, dia tunggu hingga saya dah lalu pondok tol tersebut dan terus mengekori saya dengan memasang ‘Highlight’ dia sepanjang jalan sambil rapat dengan kereta saya. Geram tak terkata. Terpaksa bersabar dengan kerenah orang nie, saya biarkan jak. Ingatkan tak lamalah dia nak ekori. Tapi sangkaan meleset, dia tetap mengekori belakang kereta saya. Saya lajukan kenderaan, dia kejar then terus potong depan kereta saya tanpa memberikan signal. Hampir terbabas ke bahu jalan saya dibuatnya. Dah lah tue, x puas hatinya dia, dia siap tunjukkan isyarat tangan yang tak senonoh dan juga menunjukkan steering lock dia. Gangster ker apa dia nie..... Kecian kat anak-anak dia, dah ketakutan dah dalam kereta. Ingatkan dia akan terus kejar saya lagi, niat dah nak melencong ke mana-mana balai polis yang boleh dijumpai, nasib baik dia melencong ke arah Puchong Perdana.



Bukan jak membahayakan nyawa dia dan anak2 dia tapi juga membahayakan pengguna2 jalan raya yang lain.
Kalau lelaki, boleh terima pakai lagi, ni perempuan yang buat hal.
Ish! Ish! Tak patut betul.
Dah menunjukkan perangai yang tak senonoh untuk jadi contoh pada anak-anak dia yang masih kecil.
Orang mcm nie x leh dibiarkan mcm tue jak, lesen patut gantung supaya x memandu dgn merbahaya. Kengkawan kat luar berhati-hatilah dengan pemandu-pemandu macam nie.
Tak baik buat kat orang macam nie, kalau terjadi pada diri sendiri macam mana? Atau tersalah kacau orang, x pasal-pasal jadi kes bunuh plak nanti....


Jadi pembuli jalan raya nie tak mendatangkan faedah langsung. Beringatlah sebelum terkena.....





dipetik daripada emel. 
www.ideapelampau.blogspot.com

Saturday, September 26, 2009

Raya punya cerita: kempen balik kampung, kuih raya,, duit raya dan rumah terbuka

Pada hari raya ini, masih dalam mood raya, penulis ingin bercerita tentang raya. Tetapi bukan cerita aktiviti raya tetapi kisah raya orang-orang Malaysia.

Pertama. Kempen keselamatan jalan raya dan balik kampung. Heboh la dengan MOT yang buat kempen untuk gunakan kenderaan awam balik kampung ni [iklan - adik dan abang naik motor, tayar pancit, kene hujan..tgk..tgk..mak kata..].

Kempen MOH pula lagi menarik, balik kampung, kalau boleh naik kenderaan sendiri. Bawak sekali kit H1N1 [jangan lupa B1N1!].

jadi agaknya, kedua-dua kementerian ini gaduh kot. satu kata balik kampung naik kenderaan awam, satu lagi kata balik kampung naik kenderaan sendiri. la ni, Najib kena buat dasar yang jelas, nak utamakan pengangkutan awam atau industri kereta negara?.

Kedua. Kuih raya. kalau anda telah membeli kuih raya pada harga tak masuk akal. rentikan lah. anda ditipu sebenarnya. baru-baru ini saya telah membeli kuih pada pembuat kuih. seorang makcik kampung. harga kuih tat cuma rm34 untuk 100 biji. kuih tat guna butter tau bukan planta. dan saya telah juga membeli produk yang sama dari makcik yang sama cuma daripada penjual di sebuah kedai. teka harganya berapa? rm42 untuk 100 biji. nampak tak bezanya? jadi mengapa bayar lebih. beli pada pembuat terus. kan jimat.

ketiga. duit raya. budak-budak zaman sekarang dah sangat cerdik. kalau diberi wang rm2 dikatakan tidak cukup sebab? nak main kat CC, nak beli jajan lagi nak tgk wayang lagi. Mana cukup rm2. kena lah bagi rm5. ini baru anak-anak jiran. belum lagi anak sedara. kopak-kopak. jadi kepada anda semua, untuk mengelakkan kopak di hari raya, kita perlu tiru rakan kita ini. beliau telah mengimbas wang rm50 dan kemudian mencetak wang itu dan diberikan kepada kana-kanak. kata beliau "dunia skang ni dunia global. kompetitif. perlu ada persaingan. dalam Malaysia ini Bank Negara yang monopoli pembuatan wang, ini tidak adil, skang ni mesti berani bersaing. baru betul-betul ekonomi". bagi saya ini kata-kata daripada bakal tahanan ISA. tetapi anda boleh juga mencuba.

keempat. rumah terbuka. dalam minggu-minggu raya ini yang paling suka rumah terbuka ialah penyamun dan pencuri kerana dalam minggu ini ramai penghuni rumah balik kampung maka rumah itu terbuka untuk mereka rompak. pada masa yang sama, rumah terbuka juga menarik kepada orang ramai kerana pada masa inilah mereka berpeluang berjumpa pemimpin negara yang membuat rumah terbuka. dan pastilah kepada mereka yang gemar makan free dan gemar tengok anak dara free inilah masa terbaik kerana rumah terbuka menjanjikan mereka ini boleh menjamu nafsu sepuas-puasnya.

salam idulfitri.

p.s

kepada warga indonesia di Malaysia, kalau udah balik ke Indonesia, jangan lupa betul dulu dong persepsi WNI di sana tentang warga Malaysia. Ini ngak, kamu udah makan duit Malaysia, dituduh majikan Malaysia itu jahat.



Friday, September 4, 2009

Petrol RON95 dan RON 97: Kenali keduanya

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar? 

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium. 

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Wednesday, May 13, 2009

Tol lebuh raya: hapuskan untung tol


Saban hari, warga malaysia, khususnya warga WPKL dan kawasan sekitarnya terpaksa melalui lebuh raya bertol. TOl NPE, TOl Sg Besi, Tol SMART, TOl itu dan Tol ini. TOLOL betul orang yang bagi idea untuk tol ini. mungkin Si tolol ada kawan si toyol yang sama-sama hantu. atau memang hantu pun.



Pada awalnya lebuh raya malaysia ini dikawal selia oleh Lembaga Lembuhraya Malaysia. Menurut website LLM "LLM adalah salah satu agen kerajaan yang berfungsi dalam pengawasan perlaksanaan projek penswastaan lebuhraya tol di Malaysia." Tambah website itu lagi "Pada penghujung tahun 1977, Kerajaan telah membuat keputusan untuk membina Lebuhraya Tol dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia bagi menyambungkan bandar-bandar besar dan kawasan-kawasan membangun disebelah barat Semenanjung. Lebuhraya Tol Utara - Selatan ini bermula dari Bukit Kayu Hitam berhampiran dengan sempadan Thailand di utara dan berakhir di Johor Bahru di selatan Negeri Johor bersempadan dengan Singapura.

Objektif utama Lebuhraya ini dibina adalah untuk mewujudkan satu sistem jalan antara bandar-bandar besar yang lengkap dan berkesan untuk menampung kenderaan-kenderaan yang semakin bertambah.

Lembaga Lebuhraya Malaysia telah ditubuhkan mengikut Undang - Undang Malaysia akta 231, Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980. Tujuan penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyenggaraan leburaya - lebuhraya antara bandar, untuk mengenakan dan mengutip tol, untuk membuat peruntukan berkenaan dengan perkara - perkara yang berkaitan dengannya. "

Jadi fungsi sebenar LLM adalah antara lainnyer mengenakan dan mengutip tol. Difahamkan ada satu TOl di Langkawi yang telah ditutup tahun lepas oleh Kerajaan dan paling menarik TOl itu dikutip oleh Kerajaan sendiri melalui JKR!. Jadi adalah juga rupanya jalan raya yang tol dikenakan oleh Kerajaan dan dikutip sendiri oleh Kerajaan.


Mengapa ini sangat signifikan? kerana kalau TOL boleh dikutip oleh Kerajaan bermakna bolehlah TOL ini dikenakan dengan sangat minimum. Yakni TOL dikutip sekadar ingin sebagai wang selengara jalan (maintenance) sahaja bukan untuk profit.


Kalau ini yang boleh terjadi maka TOL yang dikutip hanya dikenakan untuk membolehkan jalan tersebut diselenggara oleh kerajaan. Sebagai contoh, Lebuh Raya Sg Besi. Maintenance jalan katakan RM50 juta setahun (kos ini termasuk bayar gaji, pondok tol, RnR etc). Kerajaan boleh kenakan TOL yang cukup-cukup untuk bayar yang RM50 juta sahaja. Mungkin TOL sebanyak RM50 sehala cukup untuk menampung bayaran tersebut.

Cuba bayangkan kalau ini terjadi, maknanya dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam di Perlis yang selalunya TOL akan mencecah ratusan ringgit akan jadi lebih kurang RM 50 sahaja. Bukankah ini lebih menyenangkan dari pada cadangan memberi diskaun waktu puncak dan waktu malam sahaja?





Senarai syarikat konsesi Lebuh Raya [sumber: LLM]



www.ideapelampau.blogspot.com