Showing posts with label PINJAMAN. Show all posts
Showing posts with label PINJAMAN. Show all posts

Saturday, October 30, 2010

CAJ RM1 BAGI FI POTONGAN GAJI KAKITANGAN KERAJAAN. ANGKASA MENGAMUK!, CUEPACS MACAM BIASA SENYAP

Kalau anda kakitangan Kerajaan ada membuat pinjaman kewangan membabitkan ANGKASA yang mana potongan tersebut di buat kepada gaji anda, maka wajib anda kisah hal ini.

Selama ini potongan gaji anda itu bukan percuma. Untuk transfer potongan tersebut dari pusat pembayar (PTJ) kepada institusi yang memberi pinjaman tersebut (macam koperasi),anda (ya anda) kena bayar FI RM 10 (duit caj) . Fi ini diambil oleh Angkasa. Padanlah tahun lepas (2009) sahaja Angkasa untung RM2.6B!.

Sekarang ini Kerajaan akan mewartakan bahawa fi yang boleh dikenakan adalah RM 1. Ini pastinya menjimatkan kakitangan Kerajaan. Tetapi bagi Angkasa, ini adalah malapetaka. Selama ini kalau tak kerana transaksi ini tentu dah lama Angkasa mati muflis. Bayangkan berapa ramai kakitangan yang meminjam wang menggunakan Angkasa, dengar kabar sampai 800,000 ribu orang daripada 1.3 Million kakitangan Kerajaan ada membuat pinjaman begitu. Bayangkan, tiap-tiap bulan Angkasa goyang kaki dapat 800,000 x RM 10!. Jadi tentu-tentu bila Kerajaan nak buat begitu, Angkasa melompat.

Angkasa dah bersuara. Mereka tetap nak untung. Walaupun yang rugi nanti orang Kerajaan. Tapi apa yang CUEPACS buat? CUEPACS senyap. Membisu macam orang bisu, pekak macam orang tuli dan membutakan mata macam orang buta. CUEPACS bab-bab ini memang tak boleh harap. Kalau bab naikkan gaji, mintak bonus memang dialah juara. Patutnya CUEPACS pada masa ini kenalah bersetuju dan menyokong penuh dasar Kerajaan itu kerana ia pasti menguntungkan warga kakitangan Kerajaan. Dan CUEPACS patut lebih aktif lagi dengan mencadangkan kepada Kerajaan supaya semua faedah pinjaman membabitkan kakitangan Kerajaan dikenakan hanya 1-2% sahaj berbanding 3-6% sekarang.

Jadi Haji Omar, kamu duduk sebagai Presiden CUEPACS kena lah bersuara. Kalau boleh buat memorandum terus kepada PM. Tapi melihat gaya sekarang, rasanya si Haji Omar ini pasti akan macam biasa, senyap aja.

Thursday, April 15, 2010

CAJ PTPTN: PTPTN MAKAN RIBA!

Adakah anda salah seorang peminjam PTPTN?


Adakah anda telah lihat perincian pembayaran PTPTN anda?


Kalau belum, tiba saatnya untuk anda lihat perincian tersebut.


 Dengan senario di bawah, analisis blog adalah seperti berikut:


1. Anda pinjam Rm19,548.75


2.Anda pinjam pada tahun 2002-2005


3.  Tempoh pinjaman adalah selama 10 tahun dengan kadar faedah 4% (mula bayar 1.1.2005-1.1.2015)


4. Kos Pentadbiran PTTPN adalah RM 48.75 (nilai ini berubah-ubah tetapi selalunya adalah tidak RM48.75 dan tidak kurang daripada RM 44.92)


5. Anda mula bayar pada tahun 2009 melalui potongan gaji majikan. Disebabkan anda tidak bayar pada tahun 2005-2008, maka apabila potongan dibuat, ia akan bermula pada RM 154.67, kemudian ia akan naik kepada RM261.39). Dalam senario ini anggap saja anda buat potongan tetap sebanyak RM200 setiap bulan. 


Kiraan:


1.  Kadar faedah RM19.548.75 x 4% = RM 781.95, maka sepatutnya kadar yang anda perlu bayar ialah =  RM 20,330.7 (RM19.548.75 + RM 781.95)  bagi tempoh 10 tahun.


2. Jadi apabila 20,330.70 di bahagikan dengan 120 bulan (10 tahun) ialah = RM 169.43 [inilah nilai yang perlu dibayar setiap bulan!]


3. Akan tetapi, apabila PTPTN mengenakan kos pentadbiran sebanyak RM48.75 setiap bulan selama 120 bulan, pinjaman pelajar menjadi sebegini :


RM 48.75 x 120bulan = RM 5,850


Pinjam RM 20,330.70 [RM 19,548.75 + RM 781.95 (4% Interest)] + RM 5,850 (Kos pentadbiran    selama 10 tahun)


Maka, pinjaman sebenar pelajar adalah = RM 26,180.70!


4. Beza pinjaman sebenar dan pinjaman pada mula-mula sekali ialah =  RM 6,631.95


5.  Kalau anda bayar RM 200 sebulan. Sebenarnya anda hanya bayar RM 151.25 sebulan sahaja. Ini kerana sebahagian lagi duit anda telah pun dicaj kepada kos pentadbiran. Pada tahap ini (RM 151.25) anda akan selesai bayar pinjaman selama 11 tahun 2 bulan. 


Harap maklum.


www.ideapelampau.blogspot.com