Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, November 15, 2010

KISAH DAN TAUDALAN: KASIH KAKAK DAN ADIK LELAKI

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” .“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak. “Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.

Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…. .

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.

Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. “

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


Tuesday, July 13, 2010

ILMU PAGAR DIRI DAN RUMAH

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan( dengan keizinan allah).
Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Wallahualam. ..   

www.ideapelampau.blogspot.com

Tuesday, May 4, 2010

Doa doa menguatkan zakar dan tenaga batin

 Doa doa menguatkan zakar dan tenaga batin

1) Agar Tua Kembali Muda.

Jika anda terasa lemah sendi tulang dan lesu urat geramat kerana sudah lanjut usia (sudah tua), anda tidak seharusnya berserah begitu sahaja. Tenaga anda masih dapat dipulihkan sekiranya anda amalkan doa di bawah ini setiap hari selepas sembayang Asar atau Isya’ sebanyak 7 kali. Insya-Allah akan pulihlah tenaga batin anda seperti tenaga anak muda layaknya.
Inilah doa yang perlu diamalkan.
Bismillah Hiroh Man Niroh Him
Yaa wahidul baqil qawiyul mathin. In nalloha qawiyun, ngazizun, yaa qawiyu biroh matika yaa ar hamar roohimin.

2. Terapi Seksual Gangguan Sihir (1).

Di sini di perturunkan cara-cara merawatNya. Jika ada keyakinan Insya-Allah amalan ini berjaya menghapuskan sihir-sihir tersebut.
Bacakanlah ayat-ayat di bawah ini sebanyak 7 kali pada air, lalu airnya itu dibuat minum dan digunakan untuk membuat permandian (ia itu pada mereka yang terkena sihir itu) selama 7 hari berturut-turut. Insya-Allah sihirnya akan gugur. Sekiranya masih belum terhasil buatlah beberapa kali ulangan. Dan banyaklah berdoa kepada Allah.

1) Surah Yunos 81-82.
Qola Musa maa jiktum bihis sihru innol lohha sayubthiluhu innol lohha laa yuslihu ngamalal mufsidin. Wayuhikkul lohhul hakqo bikalimaatihi walau qarihal mujrimun.

2) Surah Al-’Araf 117-122
Wa awhainaa illa musa an alqi ngasaaka faiza hiya talqofu mayakfikun. Fawaqo ngal hakqu wabathola maa kaanu nyakmalun. Fa ghu libu hunaa lika wan qolabu sho giriin. Wa ulqiyas shaharotu saajidin. Qolu aaman na birobbil ngalamin. Robbi musaa wa haarun.

3. Surat Thaha 69.
Innama sona ghu kaidu saa hirin walaa yuflihus syaahiru haisu ataa.
Untuk mengelakan kesalah bacaan dan bunyi yang betul. Sila rujuk pada kitab-kitab suci Al-Quran, kerana tulisan rumi kekadang mempunyai kata bunyi yang berbeza.

3. Terapi Seksual Gangguan Sihir (2).

Ambilah bekas berisi air, dan bacakan kepadanya surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (Al-Mu’awwidzat) dan doa-doa di bawah ini.
Allah humma robbin Naasi az hibisbaksa wasfi antas syafi laa syifaa a illa syifa uka syifaa an la yugoo diru syaqoman.

(Maknanya; Ya Allah, Tuhan semua manusia, hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah, kerana Engkau-lah Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan, selain kesembuhan (dari) Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.)
Bismillahi arqika wal lohhu yasfika min kulli da in yukzika wa min kulli nafsin aw nga in hasidin. Allahu yasfika.

Dengan nama Allah, saya obati kamu (dengan rukyah), semuga Allah akan menyembuhkan dari setiap penyakit yang menyakitimu, dan dari setiap jiwa atau mata yang dengki. Semuga Allah menyembuhkanmu.

Angu zu bikalimaatil lohit taam maa ti min sarri ma holaq.
Aku berlindung dengan ayat-ayat Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang diciptakan-Nya.

Bismillah hillazi laayazurru maas mihi sai un fil arzi wala fis syama ii wa huwas sami ngul ngalim.

Dengan nama Allah, yang dengannya segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit tidak akan membahayakan. Dialah Yang Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui.
Doa-doa tersebut di baca 7 kali pada air, lalu airnya di minum dan dipakai untuk mandi selama 3 hari. Insya-Allah sihir itu akan gugur dan ikatan sihirnya akan lepas.

*
Nasihat saya: Ini hanyalah sebahagian daripada usaha...lakukanlah dgn penuh yakin dan tawakkal kepada Allah s.w.t...insyaallah..Allah sentiasa bersama org2 yg sabar.
Tak perlu ssh2 kesana kemari jumpa org yg tidak di kenali...usahakan sendiri dulu dan minta nasihat ustaz ustaz dan org alim.

4. Doa Penguat Zakar (1)

Cubalah kaedah ini untuk menguatkan Zakar anda yang lemah. Hendaklah membaca doa ini sebanyak 7 kali kepada air yang suam kemudian mandikanlah Zakar anda. Atau celupkanlah tuala kecil (good morning towel) ke dalam air suam itu kemudian perahkan airnya dan bungkuslah Zakar anda dengan tuala itu sehingga sejuk. Cubalah amalkan sehingga 7 hari berterusan, Insya-Allah

Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Yaa Qahar, Lailla Ha il lulloh, Wahidul Qahar.

5. Doa Penguat Zakar. (2)

Faedah Doa Yang Di baca waktu lemah Zakar.
Jika di rasai lemah zakar bagi jimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu hendak jimak (bersetubuh) itu niscaya jadi kuat bersetubuh. Insya-Allah
Inilah Doanya.

Bismillah hirohman Niroh him.
Allah huma innaa Na ngu zubika tam mah. Warruhi, wad dami, walhmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. ( 3 Kali)

6. Doa Penguat Zakar (3).

Anda amalkan doa ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersetubuh. Isya-Allah ia dapat mengeraskan Zakar anda dan dapat bertahan lama semasa menjalankan tugas anda itu. Inilah doa yang masyhur di kalangan tuk-tuk guru zaman dahulu yang masih di amalkan oleh sesetengah orang yang berpoligami pada zaman sekarang.
Doanya ialah.

Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Alhamdu lillahil lazi kholako minal maa i basharo.

7. Doa Penguat Zakar (4)

Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskan tapak tangan anda.. Jangan gunakan minyak yang panas di takuti akan mencederakan zakar Anda. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jemari tangan dan urut di kelengkang ia itu di antara dubur ke telur zakar.. Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Baca doa ini sebanyak 7 kali .

Ya Qadim
Ya Daim
Ya Ahad
Ya Wahid
Ya Samad
Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah
Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar
Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar

Amalan ini amat berkesan dan kekadang dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan hebat sekitar 2 atau 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika dalam keadaan cuaca sejuk supaya ligament dan urat syaraf yang berada pada zakar dalam keadaan tahap kecergasan yang terbaik