Thursday, January 28, 2010

RUMAH BARU: KESAN KECACATAN PADA RUMAH BARU


Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Air. 



1. Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada. 



2. Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar. 



3. Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu. 



4. Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki. 



5. Check air kat semua bilik air. Test satu persatu. 



6. Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je). 



7. Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit. 




Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Elektrik 



1. On kan main suis... kemudian on kan suis fius (suis yg kecik & banyak tu, tak tau nama) tu satu persatu... 



2. Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem.. 



3. Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan... 



4. Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan depa dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah.. 





Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Jubin (Tiles)
 

1. Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar... 



2. Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga... 



3. Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok... 





Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Pintu dan Kunci 



1. Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate. . 



2. Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock.. 



3. Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu... 



4. Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof. .. jgn simpan tangga kat belakang rumah... 



5. Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar... 



6. Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka.. 



7. Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok.. 





Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Grill besi atau Geriji 



1. Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti.. 



2. Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam... 



3. Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut... 



4. Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besu yang ditanam dan weld ke tingkap.. 



5. Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drp luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka.. 





Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan bumbung, atap atau ceiling (roof) 



1. Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ... 



2. Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu.. 



3. pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta depa replace segera... 



4. Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu.. 



5. Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukat kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung. .. 



6. Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan... 



Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan tangki air 

1. Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia.. 



2. Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/ pasir... 



3. Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan... 



4. Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana... 



5. Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function... 



  

ADAB & DOA 

========= 

1. Boleh baca doa yang biasa tu... 



Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri 



2. Baca bismillah & beri salam ketika masuk... 



3. Niat masuk rumah untuk berlindung/beribada h kerana ALLAH.. tawakkal kpd ALLAH.. 



4. Azan di setiap sudut atau bilik dalam rumah.. 



5. Baca Surah Al Baqarah ayat 1 sampai habis.. "Sesungguhnya Syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibaca surat Al Baqarah." 



6. Amalkan bacaan ayat² al quran, yassin dan solat berjemaah satu family... ayat kursi juga..
 

7. Sebelum masuk bleh buat solat jemaah/solat hajat mohon perlindungan ALLAH.. 



8. Buat kenduri kesyukuran dan jamulah fakir miskin & anak yatim... bukan party nie.. 



9. Bila nak keluar rumah, semasa nak kunci tu baca bismillahi tawakkal 'alallah dan baca doa nie.. minta Allah lindungi harta kita..

www.ideapelampau.blogspot.com

No comments:

Post a Comment