Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

GENG LABUR 41K KENA TANGKAP!

28/07/2010 7:54pm


KUALA LUMPUR 28 Julai - Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Rohaimi Md Isa berkata sindiket yang meminta para pelabur membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.



Beliau berkata kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan “Operasi Serama” yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya 50 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 30 tahun yang menduduki tahap higher level atau upline dalam sistem piramid yang dianjurkan itu, ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di apartmen itu.



"Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk ”mengumpan” orang ramai menyertai skim ini,” katanya.

Rohaimi berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun itu mensasarkan orang ramai terutama golongan muda yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan untuk menyertai skim itu.

"Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap kereta-kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman,” katanya.

Menurut beliau modus operandi sindiket ini ialah dengan meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yang dikategorikan sebagai downline bagi mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.



Rohaimi berkata bagaimanapun orang ramai menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yang dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah downline yang disasarkan.

"Sindiket yang mempunyai tiga kumpulan ini bergerak secara bebas dengan menggunakan restoran-restoran sebagai tempat perjumpaan dan bertemu dengan kumpulan upline bagi membincangkan perniagaan mereka.

"Kami terima dua laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan,” katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak tiga bulan lepas.

Beliau berkata, kesemua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

ADAKAH INI FRIENDSCLUB?

Tuesday, July 13, 2010

ILMU PAGAR DIRI DAN RUMAH

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan( dengan keizinan allah).
Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Wallahualam. ..   

www.ideapelampau.blogspot.com

Monday, May 3, 2010

MANUAL IBUBAPA YANG GAGAL KAWAL ANAK: SALAHKAN POLIS APABILA ANAK ANDA DITANGKAP/DITEMBAK




Manual dibuat bertujuan untuk membantu ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Secara Amnya, masyarakat akan menyalahkan ibubapa sekiranya ada perkara buruk terjadi kepada anak mereka sekiranya ibubapa tadi gagal mengawas anak-anak mereka. Jadi, dengan adanya manual ini, ibubapa akan mempunyai buah fikiran untuk "menyerahkan" kesalahan tersebut kepada orang lain.

NOTA: MANUAL INI HANYA BOLEH DIGUNAKAN DINEGERA CHENTASISWA SAHAJA. PENGGUNAAN DILUAR CHENTASISWA ADALAH DIBAWAH TANGGUNGAN DIRI SENDIRI.

Panduan 1:

Senario:

Anak anda keluar rumah waktu dinihari. Anda sebagai ibubapa memang tak tahu dan tak peduli. Ala biasalah budak-budak zaman sekarang keluar malam-malam balik pagi-pagi. Anak anda di bawah umur majoriti. Anak anda curi kunci kereta anda dan memandu keluar kereta anda. Anak anda memang tiada lesen. Ala biasalah budak-budak zaman sekarang, bawa kereta itu memang adat. Anda yang mengajar dia pun. Dia bawak laju ala-ala GTA dan ditembak Polis kerana hanya penjenayah yang akan bawa kereta seperti itu. Disuruh berhenti pun anak anda tak mahu. Last-last anak anda ditembak mati. 

Apa anda perlu buat:

Kesalahan memang di pihak anda. Anda gagal kawal anak anda. Untuk tutup kesalahan anda, anda perlu salahkan pihak lain. Jadi anda panggil MP kawasan anda. Buat Press Conference. Pastikan ramai orang datang. Kalau boleh satu Chentasiswa kena tahu. Anda cakap anak anda bukan penjenayah sebab dia di bawah umur. Jangan sebut langsung pasal anda tak kawal/awasi anak anda. Jangan sebut pasal dia bawa kereta tanpa lesen, tanpa kebenaran anda. Kemudian anda cakap bahawa Polis salah sebab tembak anak anda. Patutnya Polis tanya la dulu pada anak anda berapa umur dia. Baru betul. Ini tak, Polis di pagi hari tu, dalam kepekatan pagi, tanpa banyak soal, pergi kejar kereta anak anda. Kenapa Polis nak kejar? Polis tak nampak ke bahawa pemandu dan penumpang dalam kereta itu adalah budak-budak? Patutnya Polis kena semak no Plate kereta tersebut dan  Call rumah anda terlebih dahulu untuk pastikan bahawa yang memandu kereta itu adalah anak anda yang berumur bawah umur majoriti. 

Dengan cara di atas pasti anda akan terlepas dari dikutuk, dihina dan dikeji orang kerana anda gagal jaga anak anda dan kesalahan tersebut akan dipindahkan kepada Polis. Kerana pada awal-awal lagi kalau anda jaga/awasi anak anda dan simpan kunci kereta anda ditempat yang betul, pasti anak anda ada rumah, hidup dan sedang buat persediaan hadapai peperiksaan. 

END OF MANUAL : PART 2 COMING SOON. 

www.ideapelampau.blogspot.com

Sunday, May 2, 2010

POLIS DI ARAH SEBELUM TAHAN PENJENAYAH CEK KAD PENGENALAN PENJENYAHA TERSEBUT

Arahan terbaru yang dikeluar oleh Bukit Separuh Aman disebabkan kes seorang budak umur 14 tahun ditembak semalam. Arahan tersebut meminta semua polis negara Chentasiswa untuk memeriksa Kad Pengenalan penjenyah sebelum menahan mereka ini untuk memastikan bahawa hanya mereka yang berumur atas 15 tahun sahaja akan ditahan untuk kesalahan jenayah. Bagi mereka yang berumur bawah 15 tahun, tiada tindakan undang-undang akan diambil.

Disebabkan arahan tersebut maka terjadilah episod di bawah ini:

Senario: Satu roadblock di bulatan jalan utara di Ibu Kota Chentasiswa. Ada 10 anggota polis sedang membuat sekatan jalan raya diketuai oleh seorang Sarjan.

Koperal 1: Sarjan, ada kereta bawak laju tu (sambil memuncungkan bibir ke arah kereta tersebut)

Sarjan: La, pergi ambil Bino aku. Aku nak tgk no plate kereta dia. 

Koperal 1: ok Sarjan. [berlari dan ambil bino lepas tu berikan pada Sarjan]

Sarjan: Oo...aku dah nampak no plate dia, Koperal 2 semak no ni. [sambil sebut no plate]

Koperal 3: ehh. Sarjan dia dah dekat cam mana ni? nak tahan ke tak? laju semacam je tu, kawan kita kata mamat yang pandu kete ni dah di paksa berhenti oleh peronda kita tapi dia tetap bawak laju jugak.

Sarjan: ehh..jangan2, takut2 ada budak bawah umur dalam tu.

Koperal 3: abis tu macam mana ni?

Sarjan: kasi bukak la sekatan ni. biar dia lepas.kalau kita tahan mesti dia tak nak berhenti, kalau tak nak berhenti nanti terpaksa kita tembak dia, kalau tertembak nanti dia mati la pulak dan silap hari bulan yang mati tu budak umur bawah 15 tahun.

Koperal: so lepas la ni? 

Sarjan: lepas la. kau nak kena saman ke nanti ngan mak ayah budak tu?

[di satu sudut kota]

Penjenayah 1: tak sia-sia kita rekrut budak2 bawah umur sekarang ni. Polis pun takut nak tahan kita sekarang. hahaahaha..

Tuesday, February 23, 2010

PEMBULI JALAN RAYA SEORANG WANITA!


Benda nie terjadi pada saya pada hari Sabtu yang lalu ketika balik dari Sunway Pyramid. Ketika berada dalam kesesakan di laluan tol LDP, tetiba jak ada sebuah kereta Toyota Avanza memotong queue. Banyak kereta ikut giliran, tapi orang nie tak sabar sangat terus jak masuk depan kereta saya tanpa menggunakan signal langsung, nasib baik sempat nak brek, kalau tak terjadi kemalangan yang hanya akan menambahkan kesesakan lalu lintas. Kerana geram dan nak beritahu dia supaya berhati-hati dan tidak melakukannya lagi pada pemandu-pemandu lain, saya bagilah signal ‘Highlight’ sekali. Ingatkan benda nie berhenti kat situ jak, ingat dia faham maksud kita nie.


Rupanya dia tak puas hati, dia tunggu hingga saya dah lalu pondok tol tersebut dan terus mengekori saya dengan memasang ‘Highlight’ dia sepanjang jalan sambil rapat dengan kereta saya. Geram tak terkata. Terpaksa bersabar dengan kerenah orang nie, saya biarkan jak. Ingatkan tak lamalah dia nak ekori. Tapi sangkaan meleset, dia tetap mengekori belakang kereta saya. Saya lajukan kenderaan, dia kejar then terus potong depan kereta saya tanpa memberikan signal. Hampir terbabas ke bahu jalan saya dibuatnya. Dah lah tue, x puas hatinya dia, dia siap tunjukkan isyarat tangan yang tak senonoh dan juga menunjukkan steering lock dia. Gangster ker apa dia nie..... Kecian kat anak-anak dia, dah ketakutan dah dalam kereta. Ingatkan dia akan terus kejar saya lagi, niat dah nak melencong ke mana-mana balai polis yang boleh dijumpai, nasib baik dia melencong ke arah Puchong Perdana.



Bukan jak membahayakan nyawa dia dan anak2 dia tapi juga membahayakan pengguna2 jalan raya yang lain.
Kalau lelaki, boleh terima pakai lagi, ni perempuan yang buat hal.
Ish! Ish! Tak patut betul.
Dah menunjukkan perangai yang tak senonoh untuk jadi contoh pada anak-anak dia yang masih kecil.
Orang mcm nie x leh dibiarkan mcm tue jak, lesen patut gantung supaya x memandu dgn merbahaya. Kengkawan kat luar berhati-hatilah dengan pemandu-pemandu macam nie.
Tak baik buat kat orang macam nie, kalau terjadi pada diri sendiri macam mana? Atau tersalah kacau orang, x pasal-pasal jadi kes bunuh plak nanti....


Jadi pembuli jalan raya nie tak mendatangkan faedah langsung. Beringatlah sebelum terkena.....





dipetik daripada emel. 
www.ideapelampau.blogspot.com

Tuesday, December 22, 2009

HAD UMUR GADIS KENA ROGOL PERLU DITUKAR!

Sudah tiba masanya untuk kita menukar had umur merogol dalam Kanun Keseksaan (Penal Code). Had umur yang ditetapkan adalah 16 tahun, ini berdasarkan subseksyen  375(g) Kanun tersebut. Seksyen 375 menyebut- 


Section 375. Rape.
 
A man is said to commit "rape" who, except in the case hereinafter excepted, has sexual intercourse with a woman under circumstances falling under any of the following descriptions:

    (a) against her will; (b) without her consent; (c) with her consent when her consent has been obtained by putting her in fear of death or hurt to herself or any other person, or obtained under a misconception of fact and the man knows or has reason to believe that the consent was given in consequence of such misconception; (d) with her consent, when the man knows that he is not her husband, and her consent is given because she believes that he is another man to whom she is or believes herself to be lawfully married or to whom she would consent; (e) with her consent, when, at the time of giving such consent, she is unable to understand the nature and consequences of that to which she gives consent; (f) with her consent, when the consent is obtained by using his position of authority over her or because of professional relationship or other relationship of trust in relation to her; (g) with or without her consent, when she is under sixteen years of age.

Lihat berita di bawah ini yang dipetik daripada Harian Metro pada 23.12.2009, ini hanyalah sekelumit daripada berita-berita rogol suka sama suka yang dipaparkan oleh Akhbar. 

Apa yang hendak disampaikan oleh blog ini ialah, sudah sampai masanya masyarakat kita menerima hakikat bahawa gadis masa kini seawal umur 14 tahun sudah mengenal seks dan mereka sanggup melakukan seks tersebut disebabkan mereka suka. Adakah kita hendak membiarkan lelaki itu dikenakan hanya kerana gadis itu dikatakan di bawah umur? ingat, undang-undang ini dibuat pada tahun-tahun sebelum merdeka lagi. Maka tentunya keadaan dulu tidak sama seperti sekarang.


Gadis zaman sekarang sudah matang, umur mereka walaupun baru 14 atau 16 tahun namun mereka sudah tahu erti seks. Seks sebelum perkahwinan yang sah adalah salah/haram. Sesiapa yang membuat seks sebelum nikah apatah lagi rogol mesti dihukum. Itu sememangnya pasti, tetapi perlu diingat, dalam menghukum, kita perlu mengkaji perkara-perkara lain, sama ada  wujud unsur paksaan, sama ada sekss itu dibuat suka sama suka atau kerana diancam. 


Dalam kes-kes ancaman atau ugutan untuk melakukan seks, jelas ia merupakan kesalahan kerana melanggar undang-undang (seks dengan sukarela adalah bukan kesalahan), tetapi dalam keadaan seks suka sama suka maka umur tidak menjadi hal. Benar kita perlu melindungi gadis-gadis kita, tetapi pada masa yang sama kita juga perlu adil kepada lelaki-lelaki tersebut. 


Harus kita akui bahawa gadis-gadis bawah umur ini melakukan seks dengan kerelaan atas sebab seronok secara sukarela dan bukan sebab paksaan. Jadi kalau sudah suka sama suka, adakah patut si lelaki dipersalahkan? sepatutnya sigadis itu juga mesti disalahkan. 


Blog ini mencadangkan supaya had umur rogol di bawah umur turunkan kepada 12 tahun selaras dengan perkembangan zaman. 


www.ideapelampau.blogspot.com


berita di bawah dipetikd daripada harianmetro


Rahsia gadis 15 tahun hilang dinihari terbongkar



KUALA TERENGGANU: Rahsia hubungan seks seorang gadis bawah umur dengan teman lelaki sebanyak lapan kali akhirnya terbongkar apabila dia dilihat cuba ‘menceroboh’ masuk ke rumahnya pada awal pagi.

Kepulangan mangsa berusia 15 tahun dalam keadaan mencurigakan pada awal pagi, Khamis lalu itu dihidu keluarganya menyebabkan dia disoal selepas dilihat cuba menyembunyikan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga.

Berikutan itu, mangsa, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Besut tiada pilihan melainkan memberitahu dia pernah mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, berkata mangsa datang ke Balai Polis Kampung Raja, Besut membuat laporan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.




 
Beliau berkata, kejadian pertama berlaku dalam bilik di rumah mangsa di rumah kos rendah, Nyiur Tujuh, kira-kira jam 3.30 pagi pada 15 Disember lalu.


Kamaruddin berkata, dalam kejadian berikutnya, mangsa keluar rumah melalui pintu belakang, kira-kira jam 2 pagi pada 17 Disember dan bertemu dengan teman lelaki serta membonceng sebuah motosikal ke kedai makan di Jalan Kampung Lampu, Kampung Raja.

Beliau berkata, mangsa mendakwa teman lelakinya mengadakan hubungan seks dengannya di kedai makan itu, sebelum dihantar pulang ke rumah, kira-kira jam 3.30 pagi berkenaan.

Menurutnya, suspek berusia 19 tahun dikenal pasti dan usaha mencarinya sedang dijalankan.

Katanya, mangsa dihantar untuk membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

“Kejadian seperti ini dapat dielakkan jika pengawasan dan pemantauan ibu bapa dan penjaga dengan didasari dengan kasih sayang berpaksikan ajaran agama,” katanya.

Wednesday, November 11, 2009

KALAU TAK NAK ANAK, BERIKAN PADA KAMI!

Asalamualaikum wbt,

Jika anda sudah benci atau tidak lagi menyayangi orang-orang dibawah jagaan atau amanah anda, jangan menyeksa atau mendera mereka. Hantar kepada kami.... insyaAllah kami sanggup memikul amanah untuk menjaganya.

Jika anda tak berupaya menghantar, kami sudi pergi mengambil. Beritahu kami dimana lokasi yang perlu kami pergi ambil.

TALIAN YPNet 24 JAM 
1700 800 020

ATAU SMS KE
 019-2144214

Monday, October 26, 2009

ELAK ROGOL DAN DICABUL: DOA INI UNTUK KESELAMATAN WANITA

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak


Di Rogol & Cabul


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.


Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah.Iaitu :-




رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ


DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM


Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)




Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM


Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.


Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


Fikirkanlah.


dipetik daripada ntvirus


www.ideapelampau.blogspot.com

Sunday, May 10, 2009

Penagih dadah dan hukuman tembak

Dadah dan penagihan.

Apabila bercakap tentang dadah. Kita akan terus terkait dengan penagihan. Masalah penagihan dan penagih dadah ini sudah berlanjutan berpuluh-puluh tahun. Berapa banyak penagih dadah ini dan berapa banyak pula bantuan diberikan kepada penagih dadah ini. Setiap tahun jumlahnya bertambah. Yang baru itu seolah-olah tiada otak. Dan yang lama pula memang sakit otak. Duit dan tenaga yang diberikan kepada mereka ini sudah tidak terkira. Yang baru masuk keluar nanti masuk semula ke pusat serenti. Yang dah lama akan jumpa lagi dalam pusat serenti. Orang seperti ini patutnya di buat sesuatu. Kalau sudah 10 kali masuk pusat serenti tak juga serik-serik dan tak juga insaf maka patutlah mereka ini dihukum tembak atau dicampak ke pulau yang jauh dari masyarakat.

Duit dan tenaga.
Duit yang campakkan kepada mat candu ini tidak terkira. Ini duit rakyat. Duit cukai negara yang sepatutnya diberikan dan dimanfaatkan untuk pembangunan negara. Kenapa perlu diberikan kepada penagih-penagih dadah ini? kalau setakat 2-3 kali masuk pusat serenti tak mengapa juga. Tapi kalau sudah berkali-kali, apa maknanya itu? itu bermakna mereka ini tidak mahu dibantu dan tidak pula mahu membantu diri sendiri. Tenaga yang dicurahkan kepada mereka juga tidak terkira. Berapa ramai pegawai kerajaan yang terpaksa berhadapan dengan mat-mat candu ini? tanpa mat candu ini tentunya tenaga ini mampu disalurkan untuk membantu negara dalam hal yang lebih baik pula. Ini tidak termasuk dengan kajian-kajian yang telah dilakukan untuk membantu dan menyelesaikan masalah mat candu ini oleh pelbagai pihak. Ini kan juga pembaziran dari segi tenaga dan masa. Apakan tidak cukup kajian yang telah dilakukan?

Tembak atau buang ke pulau.
adalah lebih baik kiranya diadakan satu perundangan yang spesifik yang mana mat candu tegar ini ditembak mati atau dicampak ke pulau yang tidak berpenguni. Ini mungkin jalan penyelesaian terbaik kepada masalah yang dihadapi oleh negara. Kita buat suatu perundangabn yang mana kalau seorang mat candu itu tidak juga pulih daripada penagihan dadah kita sebagai rakyat boleh mengundi untuk sama ada menembak mati si mat candu itu atau campak sahaja dia ke pulau yang lain.

Tembak mati.
Perundangan itu boleh menyatakan bahawa sekiranya seorang mat candu itu telah 10 kali masuk ke pusat serenti dan tidak juga pulih, maka untuk kali ke 11 itu dia boleh terus ditembak mati. Jimat wang negara. Buat apa membantu orang yang tidak mahu berubah.

Campak ke pulau
Atau sekiranya tidak juga mahu ditembak mati, campak dia ke pulau yang tidak berpenghuni. Dan sebarang cubaan untuk melarikan diri dari pulau itu boleh ditembak mati. Kawal sahaja pulau itu dengan tentera. Mereka mat candu yang berada di pulau itu boleh sahaja diletakkan dalam untuk selama-lamanya.

Dengan cara ini pastinya duit dan tenaga negara dapat dijimatkan. Dan juga ini untuk mengelakkan pergaulan mat-mat candu ini yang pastinya akan cuba mengajak lebih ramai orang menjadi mat candu seperti mereka. Pengasingan ini pastinya mengurangkan penagih dadah di Malaysia.



www.ideapelampau.blogspot.com