Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

KENDERAAN MASA DEPAN: KERETA TANPA CERMIN SISI!

Saya membayangkan pada masa depan tak jauh pun dalam 5 ke 10 tahun kereta konvensional akan mula digantikan dengan kenderaan canggih yang mesra alam serta berteknologi tinggi.

Pada masa itu kenderaan petrol akan berkurangan ke kadar 50%. Kenderaan ini akan digantikan oleh kenderaan hibrid atau kenderaan elektrik sepenuhnya.

Pada masa itu juga cermin sisi kenderaan akan digantikan dengan kamera berteknologi tinggi. Cermin sisi akan digantikan dengan video di panel dashboard. Pada masa itu juga mengundur kan kereta tidak ada masalah lagi kerana kamera undur juga dipasang di belakang kereta.

Sesat di jalan? pada masa depan, perkara itu tidak akan berlaku dengan kerap. Dengan adanya navigasi GPS yang lebih tepat dan teknologi pemetaan digital yang hebat maka pencarian arah akan menjadi lebih mudah, tepat dan murah.

Pada masa depan juga teknologi tayar kereta akan dipertingkatkan. Tayar conventional akan diganti dengan tayar yang lebih nipis getahnya tetapi lebih mencengkam serta murah untuk digantikan.

Monday, November 15, 2010

BENCANA MERAPI: BENDERA DILAPORKAN KE MERAPI BAGI MEMBANTU MANGSA-MANGSA MERAPI

hahahhaa....hahhaha...hahaha...

kalau lah berita di atas itu benar. Tetapi sebenarnya, bandit-bandit BENDERA ini hanyalah tikus kelaparan yang dibayar untuk berdemonstrasi oleh pihak-pihak di Indonesia.

Kalau tidak kerana dibayar tentu-tentunya mereka tidak akan berdemo.


Sunday, April 18, 2010

THE CHINESE GRAND PRIX?


Mungkin ini satu benda yang penulis perlu tahu (Daripada pelbagai benda yang penulis kena tahu). Apa maksud Chinese Grand Prix. 

F1 Chinese Grand Prix diadakan di Shanghai, China. Tidakkah lebih baik ia dipanggil The China F1 Grand Prix?  

Ini kerana perkataan Chinese sefaham penulis adalah berkaitan dengan bangsa atau dalam kata lainnya theCchinese people. 

Menurut wikipedia [ http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_people ] chinese people bermaksud "People who reside in and hold citizenship of the People's Republic of China (mainland China, Hong Kong and Macau) or the Republic of China (Taiwan).". 

Perlu diingat juga, bahawa perkataan Chinese people ini termasuk juga The Chinese Overseas [ http://en.wikipedia.org/wiki/Overseas_Chinese ] yang termasuk juga orang-orang cina di serata dunia.


Nah, kalau berdasarkan ini, pembacaannya, maka ternyata The Chinese Grand Prix adalah dan seolah-olah Grand Prix orang-orang Cina. Ternyata orang-orang Cina memang satu rumpun. Mereka menjaga nama mereka dan keturunan mereka dan bermegah dengan nama keturunan Cina itu. Bagi mereka, apa saya yang berlaku di Mainland China adalah pengiktirafan kepada semua keturunan Cina di satu dunia. 

Ini juga membuktikan bahawa semangat persaudaraan mereka sangat kuat walaupun sudah berada dan bermastautin di negara lain. Jati diri mereka memang sangat kuat. Pada mereka motherland China adalah pusat orang-orang Cina dan apa saja yang dibuat di sana adalah untuk orang-orang Cina juga. Adakah anda perasan sesuatu tentang The Malaysian Grand Prix? anda nampak Perkataan "Melayu" disana? Adakah patut kita namakan The Malay Grand Prix bagi menyatakan kepada seluruh dunia bahawa apa yang dibuat di Malaysia adalah demi kemegahan Melayu yang dikatakan tuan tanah disini?

www.ideapelampau.blogspot.com