Showing posts with label Tol. Show all posts
Showing posts with label Tol. Show all posts

Saturday, September 26, 2009

Raya punya cerita: kempen balik kampung, kuih raya,, duit raya dan rumah terbuka

Pada hari raya ini, masih dalam mood raya, penulis ingin bercerita tentang raya. Tetapi bukan cerita aktiviti raya tetapi kisah raya orang-orang Malaysia.

Pertama. Kempen keselamatan jalan raya dan balik kampung. Heboh la dengan MOT yang buat kempen untuk gunakan kenderaan awam balik kampung ni [iklan - adik dan abang naik motor, tayar pancit, kene hujan..tgk..tgk..mak kata..].

Kempen MOH pula lagi menarik, balik kampung, kalau boleh naik kenderaan sendiri. Bawak sekali kit H1N1 [jangan lupa B1N1!].

jadi agaknya, kedua-dua kementerian ini gaduh kot. satu kata balik kampung naik kenderaan awam, satu lagi kata balik kampung naik kenderaan sendiri. la ni, Najib kena buat dasar yang jelas, nak utamakan pengangkutan awam atau industri kereta negara?.

Kedua. Kuih raya. kalau anda telah membeli kuih raya pada harga tak masuk akal. rentikan lah. anda ditipu sebenarnya. baru-baru ini saya telah membeli kuih pada pembuat kuih. seorang makcik kampung. harga kuih tat cuma rm34 untuk 100 biji. kuih tat guna butter tau bukan planta. dan saya telah juga membeli produk yang sama dari makcik yang sama cuma daripada penjual di sebuah kedai. teka harganya berapa? rm42 untuk 100 biji. nampak tak bezanya? jadi mengapa bayar lebih. beli pada pembuat terus. kan jimat.

ketiga. duit raya. budak-budak zaman sekarang dah sangat cerdik. kalau diberi wang rm2 dikatakan tidak cukup sebab? nak main kat CC, nak beli jajan lagi nak tgk wayang lagi. Mana cukup rm2. kena lah bagi rm5. ini baru anak-anak jiran. belum lagi anak sedara. kopak-kopak. jadi kepada anda semua, untuk mengelakkan kopak di hari raya, kita perlu tiru rakan kita ini. beliau telah mengimbas wang rm50 dan kemudian mencetak wang itu dan diberikan kepada kana-kanak. kata beliau "dunia skang ni dunia global. kompetitif. perlu ada persaingan. dalam Malaysia ini Bank Negara yang monopoli pembuatan wang, ini tidak adil, skang ni mesti berani bersaing. baru betul-betul ekonomi". bagi saya ini kata-kata daripada bakal tahanan ISA. tetapi anda boleh juga mencuba.

keempat. rumah terbuka. dalam minggu-minggu raya ini yang paling suka rumah terbuka ialah penyamun dan pencuri kerana dalam minggu ini ramai penghuni rumah balik kampung maka rumah itu terbuka untuk mereka rompak. pada masa yang sama, rumah terbuka juga menarik kepada orang ramai kerana pada masa inilah mereka berpeluang berjumpa pemimpin negara yang membuat rumah terbuka. dan pastilah kepada mereka yang gemar makan free dan gemar tengok anak dara free inilah masa terbaik kerana rumah terbuka menjanjikan mereka ini boleh menjamu nafsu sepuas-puasnya.

salam idulfitri.

p.s

kepada warga indonesia di Malaysia, kalau udah balik ke Indonesia, jangan lupa betul dulu dong persepsi WNI di sana tentang warga Malaysia. Ini ngak, kamu udah makan duit Malaysia, dituduh majikan Malaysia itu jahat.



Wednesday, May 13, 2009

Tol lebuh raya: hapuskan untung tol


Saban hari, warga malaysia, khususnya warga WPKL dan kawasan sekitarnya terpaksa melalui lebuh raya bertol. TOl NPE, TOl Sg Besi, Tol SMART, TOl itu dan Tol ini. TOLOL betul orang yang bagi idea untuk tol ini. mungkin Si tolol ada kawan si toyol yang sama-sama hantu. atau memang hantu pun.



Pada awalnya lebuh raya malaysia ini dikawal selia oleh Lembaga Lembuhraya Malaysia. Menurut website LLM "LLM adalah salah satu agen kerajaan yang berfungsi dalam pengawasan perlaksanaan projek penswastaan lebuhraya tol di Malaysia." Tambah website itu lagi "Pada penghujung tahun 1977, Kerajaan telah membuat keputusan untuk membina Lebuhraya Tol dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia bagi menyambungkan bandar-bandar besar dan kawasan-kawasan membangun disebelah barat Semenanjung. Lebuhraya Tol Utara - Selatan ini bermula dari Bukit Kayu Hitam berhampiran dengan sempadan Thailand di utara dan berakhir di Johor Bahru di selatan Negeri Johor bersempadan dengan Singapura.

Objektif utama Lebuhraya ini dibina adalah untuk mewujudkan satu sistem jalan antara bandar-bandar besar yang lengkap dan berkesan untuk menampung kenderaan-kenderaan yang semakin bertambah.

Lembaga Lebuhraya Malaysia telah ditubuhkan mengikut Undang - Undang Malaysia akta 231, Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980. Tujuan penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah untuk menyelia dan melaksanakan reka bentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyenggaraan leburaya - lebuhraya antara bandar, untuk mengenakan dan mengutip tol, untuk membuat peruntukan berkenaan dengan perkara - perkara yang berkaitan dengannya. "

Jadi fungsi sebenar LLM adalah antara lainnyer mengenakan dan mengutip tol. Difahamkan ada satu TOl di Langkawi yang telah ditutup tahun lepas oleh Kerajaan dan paling menarik TOl itu dikutip oleh Kerajaan sendiri melalui JKR!. Jadi adalah juga rupanya jalan raya yang tol dikenakan oleh Kerajaan dan dikutip sendiri oleh Kerajaan.


Mengapa ini sangat signifikan? kerana kalau TOL boleh dikutip oleh Kerajaan bermakna bolehlah TOL ini dikenakan dengan sangat minimum. Yakni TOL dikutip sekadar ingin sebagai wang selengara jalan (maintenance) sahaja bukan untuk profit.


Kalau ini yang boleh terjadi maka TOL yang dikutip hanya dikenakan untuk membolehkan jalan tersebut diselenggara oleh kerajaan. Sebagai contoh, Lebuh Raya Sg Besi. Maintenance jalan katakan RM50 juta setahun (kos ini termasuk bayar gaji, pondok tol, RnR etc). Kerajaan boleh kenakan TOL yang cukup-cukup untuk bayar yang RM50 juta sahaja. Mungkin TOL sebanyak RM50 sehala cukup untuk menampung bayaran tersebut.

Cuba bayangkan kalau ini terjadi, maknanya dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam di Perlis yang selalunya TOL akan mencecah ratusan ringgit akan jadi lebih kurang RM 50 sahaja. Bukankah ini lebih menyenangkan dari pada cadangan memberi diskaun waktu puncak dan waktu malam sahaja?





Senarai syarikat konsesi Lebuh Raya [sumber: LLM]



www.ideapelampau.blogspot.com