Showing posts with label MLM. Show all posts
Showing posts with label MLM. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

GENG LABUR 41K KENA TANGKAP!

28/07/2010 7:54pm


KUALA LUMPUR 28 Julai - Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Rohaimi Md Isa berkata sindiket yang meminta para pelabur membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.



Beliau berkata kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan “Operasi Serama” yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya 50 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 30 tahun yang menduduki tahap higher level atau upline dalam sistem piramid yang dianjurkan itu, ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di apartmen itu.



"Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk ”mengumpan” orang ramai menyertai skim ini,” katanya.

Rohaimi berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun itu mensasarkan orang ramai terutama golongan muda yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan untuk menyertai skim itu.

"Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap kereta-kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman,” katanya.

Menurut beliau modus operandi sindiket ini ialah dengan meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yang dikategorikan sebagai downline bagi mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.



Rohaimi berkata bagaimanapun orang ramai menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yang dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah downline yang disasarkan.

"Sindiket yang mempunyai tiga kumpulan ini bergerak secara bebas dengan menggunakan restoran-restoran sebagai tempat perjumpaan dan bertemu dengan kumpulan upline bagi membincangkan perniagaan mereka.

"Kami terima dua laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan,” katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak tiga bulan lepas.

Beliau berkata, kesemua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

ADAKAH INI FRIENDSCLUB?

Wednesday, January 13, 2010

Friends CLUB: satu lagi scam yang dibawakan khas oleh serpihan SYN.-UPDATE 29.1.2010

UPDATE: 


PAKEJ MLM PENIPU Friends Club, oneteam SYN 
Sebenarnya, pakej yang ditawarkan oleh semua group2 di atas adalah PENIPU!, tiada pakej sedemikian dalam RZ/DCHL. Pecahan sebenarnya adalah macam di bawah- 


PRODUK 32000.00---ini yang betul!
BAJU 1000.00
GENTING 1600.00
REBAT 6000.00
EVENT 500.00

TOTAL = 41100.00..

TOTAL 41K for the pakej..




MAKA sebenarnya, group-group di atas adalah penipu BESAR! JANGAN TERPEDAYA.


LOAN RM50K dapat produk harga RM32k....haha..gila berjaya menipu
..............................................
haha..maka aku dengan bangga nya mengaku bahawa aku dah pergi ke pusat merayap/berkumpul budak2 kecil friendsclub ni tadi malam. haha...lawak. balik je dari sana aku terus on cg sebab aku nak hebahkan pasal fc ni. macam haram. 




aku pergi sana sebab kawan aku ajak. beria2. nasib baik aku dah tahu hal FC skit2 kalau tak memang naya kena goreng.


apa punya plan. ni apa yang aku dapat daripada upline (baron kot):

1. FC ni adalah komuniti kengkawan ahli yang join RZ Corp.

2. modal kena besar. rm41k dan rm 14k. bapak giler nak cari modal cam tu.

3. produk takde. dorang tak citer pasal produk. balik2 rm41k. rm14k langsung tak sentuh.

4. dorang claim benda ni ada AJL. memang la ada sebab di bawah nama RZ Corp. tapi yang tak blh blah tu ada ke dia cakap "kami tak buat MLM". woii.,mangkuk...AJL tu untuk jualan langsung la. jualan langsung ada produk. yang kau kata tak jual tu apa jadahnya.

5. dorang cari kakitangan kerajaan yang boleh buat loan pasal rm41k mana nak dapat kalau setakat keje swasta.

6. dorang kata kalau join GERENTI dapat rm6200 untuk bulan pertama. of course la, itu pun duit aku ...apa ra..

7. dah join kena cari 4 cawangan. dia kata "sebagai crown kita akan dapat 4 lesen untuk buat bisnes". woo..mangkuk, kalau ikut plan korang, nak dapat balik modal kena lah cari 4 orang. itu bukan lesen tapi memang kena carik. perkataan lesen tu seolah-olah macam kompeni beri izin lak padahal memang kena cari pun.

8."opss...lupa jangan citer ngan kawan2 ye sbb nanti kengkawan anda mesti banned benda ni...dan opss kertas plan ni tak blh bagi ye...err..tolong isi borang loan ni..."-memetik kata2 mamat biol tu.

9. "kalau nak citer ngan kengkawan kena la u masuk dulu lepas tu baru citer...opps..ada promosi untuk bulan ni join je dapat nokie e71. dah dapat rm6200 dan nokia baru tunjuk pada kengkawan lain sebagai bukti"-memetik kata2 mamat tu. wei...tolonglah, nampak sangat korang tak nak aku ni dapat secong opinion. cehh..dasar betul.

10. setiap orang (4 cawangan tadi) yang join bawah kita, kita akan dapat rm6k setiap sorang. bagi downlinw bawah direct line ni kita akan dapat rm2k sorang.per..sakit bro..aku tanya gentel pada mamat sorang ni, dia kata dah 6 bulan join, masih tak dapat direct line lagi..hahhaha

ini analisa aku

1.buat loan bukan rm41k bro. tapi rm50k. pasal kalau kau nak rm41k kau kena mintak lebih skit, bank pasti nak potong fee yang macam2.

2. kau bayar rm600 untuk 10 tahun bro. kira kasar rm600x120bln = rm72k

3, kau dapat dari bisnes ni rm 50k.,

4. kau rasa untung? bapak giler untung. haha..itu kalau dapat rm50k kalau tak? lu makan jelah rm6200 tu je. haha,..

ni semua plan sarkas. produk takde. claim AJL. ajak buat loan. giler apa. ahahahah..pergi ja ha nam korang. ahaha..

salam2

...

ini dipetik daripada sini


www.ideapelampau.blogspot.com