Manual dibuat bertujuan untuk membantu ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Secara Amnya, masyarakat akan menyalahkan ibubapa sekiranya ada perkara buruk terjadi kepada anak mereka sekiranya ibubapa tadi gagal mengawas anak-anak mereka. Jadi, dengan adanya manual ini, ibubapa akan mempunyai buah fikiran untuk "menyerahkan" kesalahan tersebut kepada orang lain.
NOTA: MANUAL INI HANYA BOLEH DIGUNAKAN DINEGERA CHENTASISWA SAHAJA. PENGGUNAAN DILUAR CHENTASISWA ADALAH DIBAWAH TANGGUNGAN DIRI SENDIRI.
Panduan 1:
Senario:
Anak anda keluar rumah waktu dinihari. Anda sebagai ibubapa memang tak tahu dan tak peduli. Ala biasalah budak-budak zaman sekarang keluar malam-malam balik pagi-pagi. Anak anda di bawah umur majoriti. Anak anda curi kunci kereta anda dan memandu keluar kereta anda. Anak anda memang tiada lesen. Ala biasalah budak-budak zaman sekarang, bawa kereta itu memang adat. Anda yang mengajar dia pun. Dia bawak laju ala-ala GTA dan ditembak Polis kerana hanya penjenayah yang akan bawa kereta seperti itu. Disuruh berhenti pun anak anda tak mahu. Last-last anak anda ditembak mati.
Apa anda perlu buat:
Kesalahan memang di pihak anda. Anda gagal kawal anak anda. Untuk tutup kesalahan anda, anda perlu salahkan pihak lain. Jadi anda panggil MP kawasan anda. Buat Press Conference. Pastikan ramai orang datang. Kalau boleh satu Chentasiswa kena tahu. Anda cakap anak anda bukan penjenayah sebab dia di bawah umur. Jangan sebut langsung pasal anda tak kawal/awasi anak anda. Jangan sebut pasal dia bawa kereta tanpa lesen, tanpa kebenaran anda. Kemudian anda cakap bahawa Polis salah sebab tembak anak anda. Patutnya Polis tanya la dulu pada anak anda berapa umur dia. Baru betul. Ini tak, Polis di pagi hari tu, dalam kepekatan pagi, tanpa banyak soal, pergi kejar kereta anak anda. Kenapa Polis nak kejar? Polis tak nampak ke bahawa pemandu dan penumpang dalam kereta itu adalah budak-budak? Patutnya Polis kena semak no Plate kereta tersebut dan Call rumah anda terlebih dahulu untuk pastikan bahawa yang memandu kereta itu adalah anak anda yang berumur bawah umur majoriti.
Dengan cara di atas pasti anda akan terlepas dari dikutuk, dihina dan dikeji orang kerana anda gagal jaga anak anda dan kesalahan tersebut akan dipindahkan kepada Polis. Kerana pada awal-awal lagi kalau anda jaga/awasi anak anda dan simpan kunci kereta anda ditempat yang betul, pasti anak anda ada rumah, hidup dan sedang buat persediaan hadapai peperiksaan.
END OF MANUAL : PART 2 COMING SOON.
www.ideapelampau.blogspot.com
No comments:
Post a Comment