Tuesday, April 27, 2010

MENGGUNAKAN ISLAM SEBAGAI PERNIAGAAN?

Dalam trend perniagaan terkini, kita akan dapat lihat bahawa ekplotasi perniagaan bukan terhad terhadap gender malahan sudah sampai ke tahap agama pun sudah boleh diniagakan. 

Bermula dengan haji yang dijadikan perniagaan yang menguntungkan, kini sudah menjalar kepada penjualan produk yang menggunakan ayat-ayat alquran sebagai bahan pelaris. Dulu kita hanya ada lukisan khat dengan ayat-ayat alquran, kad-kad agama, buku-buku agama dan kini yang paling baharu ialah air-air bacaan alquran yang dijual secara meluas untuk keuntungan.

Lihat sahaja apa yang ada. Inilah dia manusia. Ahli perniagaan sanggup menjual apa sahaja untuk keuntungan. Adakah betul air-air/produk itu di baca dengan ayat alquran? adakah ada orang yang mengesahkan hal itu? bacaan bukan setakat bukak radio/mp3 ayat alquran dan kemudian letak air ditengah-tengah. Bacaan ialah apabila terdapat individu tertentu yang membaca ayat-ayat suci alquran secara live.

Sebagai ahli perniagaan, mereka ini bijak menggunakan title ustaz, haji, ustazah untuk mengaburi mata masyarakat yang mereka tahu akan membeli apa sahaja keluaran bercorak agama. 

www.ideapelampau.blogspot.com

No comments:

Post a Comment