Mungkin ini satu benda yang penulis perlu tahu (Daripada pelbagai benda yang penulis kena tahu). Apa maksud Chinese Grand Prix.
F1 Chinese Grand Prix diadakan di Shanghai, China. Tidakkah lebih baik ia dipanggil The China F1 Grand Prix?
Ini kerana perkataan Chinese sefaham penulis adalah berkaitan dengan bangsa atau dalam kata lainnya theCchinese people.
Menurut wikipedia [ http://en.wikipedia.org/wiki/Chinese_people ] chinese people bermaksud "People who reside in and hold citizenship of the People's Republic of China (mainland China, Hong Kong and Macau) or the Republic of China (Taiwan).".
Perlu diingat juga, bahawa perkataan Chinese people ini termasuk juga The Chinese Overseas [ http://en.wikipedia.org/wiki/Overseas_Chinese ] yang termasuk juga orang-orang cina di serata dunia.
Nah, kalau berdasarkan ini, pembacaannya, maka ternyata The Chinese Grand Prix adalah dan seolah-olah Grand Prix orang-orang Cina. Ternyata orang-orang Cina memang satu rumpun. Mereka menjaga nama mereka dan keturunan mereka dan bermegah dengan nama keturunan Cina itu. Bagi mereka, apa saya yang berlaku di Mainland China adalah pengiktirafan kepada semua keturunan Cina di satu dunia.
Ini juga membuktikan bahawa semangat persaudaraan mereka sangat kuat walaupun sudah berada dan bermastautin di negara lain. Jati diri mereka memang sangat kuat. Pada mereka motherland China adalah pusat orang-orang Cina dan apa saja yang dibuat di sana adalah untuk orang-orang Cina juga. Adakah anda perasan sesuatu tentang The Malaysian Grand Prix? anda nampak Perkataan "Melayu" disana? Adakah patut kita namakan The Malay Grand Prix bagi menyatakan kepada seluruh dunia bahawa apa yang dibuat di Malaysia adalah demi kemegahan Melayu yang dikatakan tuan tanah disini?
www.ideapelampau.blogspot.com
No comments:
Post a Comment