Sebelum kita bercerita tentang KSU RTM elok kita tahu omelan dan bebelan warga kerja RTM.
Warga kerja RTM terdiri daripada pekerja tetap, pekerja kontrak dan pekerja PKS (pegawai khidmat singkat). PKS ini dipanggil AB atau Artis Berjadual. Kalau dilihat dari nama, AB ini memang menarik. Artislah katakan.
Tetapi ada cerita menarik tentang AB. AB ini hanya pekerja PKS. PKS pula tarafnya lebih rendah daripada pekerja kontrak. Ini kerana AB tidak ada bonus, tidak ada elaun, tidak ada cuti bersalin atau cuti isteri bersalin, tidak ada kemudahan kesihatan , pendek kata AB ini hanyalah hamba abdi. APa yang paling menarik ialah hampir 40% daripada warga RTM merupakan AB. Ada yang telah bekerja hampir 10 tahun sebagai AB!.
Hasil makluman di RTM, kebanyakkan kerja penting dan yang kerja menarik dibuat oleh AB. Sebagai contoh DJ radio di RTM hampir 70% adalah AB. Berlainan daripada pekerja tetap dan kontrak yang mendapat semua kelebihan sebagai pegawai kerajaan, AB ini tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Kalau orang lain sedap tidur di waktu malam, AB pula sibuk bekerja. Kalau orang tetap/kontrak bercuti di waktu cuti perayaan, AB kena kerja dan tidak dapat triple pay. Kalau warga tetap pasti mereka dapat OT. Diskriminasi sungguh!.
Sudah sampai masanya pihak RTM melihat polisi pengambilan AB. Ada ura-ura bahawa AB akan dimansuhkan. DAn RTM tidak akan ambil lagi warga AB. Mana yang ada diberikan option untuk ke kontrak atau pun piece meal yang lagi teruk dari AB.
Dulu gaji AB adalah tinggi. Tetapi disaat kerajaan menambah gaji pekerja tetap AB pula dianaktirikan dan yang lebih menarik lagi, gaji mereka dikurangkan. Ini dapat dilihat dalam rungutan DJ-DJ radio RTM. Nama sahaja glamour namun gaji sangatlah kecil sudah pula kecil dipotong lagi. Yang untung pekerja tetap RTM.
Apa yang RTM perlu lihat ialah kebanyakkan AB ini sudah pun pergi temuduga menjadi pekerja tetap di RTM. Ada yang dapat. Ada yang tidak. ADa yang diletakkan sebagai calon simpanan. Yang dapat amat sedikit. yang tidak dapat memang ramai. yang jadi calon simpanan berlambak-lambak. Akan tetapi RTM tetap setiap tahun buat temuduga ambil fresh graduate. Ingat, bahawa ada AB yang sudah bekerja hampir 10 tahun!.
Ini memang polisi RTM dibawa KSU lama yang dipanjangkan tempoh perkhidmatannya oleh kerajaan selama setahun lagi walaupun patutnya KSN itu dihantar ke jawatan pool di JPA disebabkan oleh kes khalwatnya yang heboh diperkatakan orang. Dah rezeki KSU. Walaupun tidak disukai namun boleh juga sambung kontrak. Tahniah KSU. dan Tahniah juga kepada KSU Sebab idea KSU maka jatuh merundum rating semua rangkaian RTM disebabkan oleh naik taraf jenama terutama berkaitan berita jam 9.00, memang KSu HEBAT!.
Jadi, kepada KSU dan Menteri baru, ambilah perhatian kepada masalah AB ini. Faham-fahamkan hal tersebut. Berikan hal AB yang mereka berhak. Disaat anda dapat bonus dan cuti 25/30 hari serta ganjaran pencen, GCR dan faedah-faedah lain dibawah Akta 227 [AKta Pencen], kakitangan AB tidak mendapat apa pun. Cadangan saya ialah perkhidmatan mereka selama ini diambil kira dalam menentukan pencen dan tangga gaji mereka.
Tahniah juga kepada KSN yang disambung kontraknya selama setahun. Sama juga dengan KPPA.
Lebih tahniah kepada KSN, yang walaupun anda segan meminta bonus prestasi untuk kakitangan kerajaan pada tahun 2008 dan mengakibatkan hampir semua kakitangan kerajaan mengundi pembangkang kerana sakit hati kepada anda, anda tetap dapat sambung kontrak selama setahun. Kirim salam juga pada Rosmah.
LUpa juga saya katakan bahawa, idea pakai baju batik itu walaupun menarik tapi ada kesannya kepada ekonomi pegawai kerajaan dari 41 ke bawah. Untuk perhatian Tan Sri, baju batik sahaja sudah mencecah ratusan ringgit setiap satu. Untuk pembersihan baju itu, tidak boleh dihantar cuci biasa, mesti hantar ke dry cleaning, dan dry cleaning kena RM9 sekali. Dalam sebulan ada 4 kali kena pakai baju batik dan 4 kali kena hantar ke dry cleaning. conggak 4 x RM9. Mungkin bagi Tan Sri ini tidak ada hal kerana gaji Tan Sri tinggi. Setakat 4 kali hantar dobi berapa sen sangatlah pada Tan Sri. TApi pada kami lain pula halnya. Mahal tu TAn Sri.
No comments:
Post a Comment