Semalam WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) [website]telah meningkatkan penanda aras selesema babi kepada PANDEMIK. Ini bermakna WHO mengiktiraf bahawa selesema ini sudah berada pada tahap kronik.
WHO dalam website mereka meyatakan bahawa walaupun begitu, namun ia tidak bermakna bahawa penyakit ini sudah sampai tahap berbahaya sehingga boleh membunuh berjuta seperti wabak pada tahun 1968 yang membunuh sejuta orang.
Ia cuma bermakna bahawa penyakit ini sudah pun dikenal pasti boleh merebak dalam sesebuah komuniti dengan mudah dan cepat. Mereka yang mengandung, berumur 30 tahun ke atas, menghidap asma dan penyakit kencing manis adalah golongan yang perlu berjaga-jaga dalam hal ini kerana penyakit ini mudah terkena kepada mereka.
WHO masih belum mengeluarkan amaran bahawa tindakan menghalang orang, barangan atau perkhidmatan merentas sempadan perlu dibuat. Kalau ini sudah dibuat, maka besar kemungkinan bahawa selesema ini memang akan membunuh berjuta-juta orang.
Di Malaysia media-media nampaknya langsung tidak memberikan apa-apa penekanan terhadap perkara ini. Mungkin disebabkan oleh kerana tidak mahu menimbulkan rasa panik kepada rakyat Malaysia. Namum begitu Kementerian Kesihatan ada menasihatkan (bukan mewajibkan) rakyat Malaysia supaya memakai topeng muka untuk mencegah jangkitan selesema ini.
Apa yang orang ramai tidak faham ialah, apabila penyakit sudah mencapai tahap pandemik ini bermakna setiap negara akan ada kes ini. Apabila ini terjadi, maka produktiviti akan mula terjejas. Ini seterusnya akan menjejaskan pengeluaran makanan dan juga servis. Apabila ramai orang dijangkiti oleh penyakit ini pasti Kerajaan negara akan mula menghadkan pergerakan orang ramai. Kemudian, apabila sekatan perjalanan terjadi, maka barangan/orang/servis tidak lagi dapat menyeberang sempadan.
Cuba bayangkan, apabila import makanan tidak lagi dapat dibuat ataupun setiap negara mula menghalang export makanan kerana cuba membuat simpanan stok makanan di negara sendiri. Apa akan terjadi ialah, kekurangan makan dan bahan-bahan asas lain. Akibatnya, kebuluran dan kematian. Jadi sekarang ialah masa yang sesuai untuk kita mula menyimpan makanan kering dan stok-stok keperluan lain untuk masa kecemasan yang pasti tiba sedikit masa lagi. mungkin website ini akan berguna kepada anda. baca untuk tahu apa yang anda boleh buat semasa darurat [klik website]
Satu lagi yang perlu kita tahu ialah, bilangan mereka yang terkena selesema ini masih sedikit tetapi semakin bertambah. Ini bermakna ada satu lagi gelombang selesema ini yang pasti terjadi. Apabila gelombang ini terjadi maka pasti ramai orang akan terkena penyakit tersebut. Pada masa itu jumlah pesakit akan meningkat 10-150% kali ganda.
Hospital kita pada masa mampu menerima pesakit selesema tersebut. Disebabkan jumlah yang sedikit maka peralatan amat cukup untuk merawat pesakit. Disebabkan ini maka ramai pesakit yang berjaya sembuh. Tetapi apabila jumlah pesakit bertambah ramai, peralatan dan kakitangan akan menjadi tidak cukup maka rawatan pun menjadi ala kadar sahaja. Pada masa itu, kematian akan pasti terjadi. Kematian ini pula akan terjadi pada skala yang banyak. Kematian itu pula bukan disebabkan oleh tiada ubat/rawatan tetapi lebih kepada tidak dapat rawatan yang sempurna disebabkan terlalu ramai pesakit.
Jadi apa pandangan anda sekarang terhadap ancaman ini?
bersediakah anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment