Orang malaysia selalu kata "barang elektronik jenama xxxx lebih murah di singapura"; "seluar jenama ni murah giler kat indonesia".."ehh nak beli stroller baby? beli kat jepun je, murah dan berkualitilah, branded lak tu".
Ini adalah kata-kata biasa. Biasa kita dengar dari mulut orang malaysia. Semua nak murah. Semua nak berkualiti, bila nak bayar cukai pendapatan dan zakat, sikit punya liat.
Apa yang nak dikomen pada hari ini ialah mengapa kita bayar lebih untuk produk bukan malaysia. Kenapa produk negara luar yang dijual di Malaysia adalah mahal berbanding produk yang sama di luar negara.
Jawapannya adalah kerana protection. Perlindungan. Anti lambakkan. Negara kita merupakan negara industri yakni kita adalah pengeluar barangan. Pada masa dulu memang kita menjadi pusat pengeluaran produk berjenama. Tetapi selepas beberapa lama, teknologi tersebut sudah mula dapat digunakan oleh orang Malaysia. Mesin-mesin dan juga cara kerja yang digunakan untuk membuat produk tersebut sudah berjaya kita pelajari. Dan akhirnya kita mampu membuat peralatan yang berteknologi seperti tersebut. Itu yang memyebabkan negara pantas membangunkan kilang-kilang hak milik anak Malaysia yang mana dapat kita lihat pula bagaimana kilang-kilang ini mengajikan ramai anak tempatan.
Malangnya kejayaan ini tidak dikongsi bersama oleh sebikangan besar rakyat MAlaysia. Apa saja jenama Malaysia dipandang enteng dan diperlekehkan. Bagi golongan ini, buatan malaysia sama seperti tidak berkualiti. Ini sebabnya mengapa jualan produk malaysia merundum akibat tiada sambutan daripada pengguna domestik.
Untuk menghalang industri Malaysia daripada mati akibat daripada sikap penguna malaysia tadi, maka kerajaan terpaksa membantu industri tersebut.
Beberapa rangcangan telah dibuat. Antaranya ialah iklan dan kempen produk belilah barangan malaysia, penyediaan dana untuk RND bagi membolehkan industri berkembang dengan kualiti yang bagus serta insentif-insentif lain yang dibikin khas untuk membantu industri.
Tetapi sekali lagi kerajaan hampa kerana rupanya walaupun jenama dan kualiti barangan Malaysia ini telah meningkat pengguna malaysia tetap banghal dan bodoh sombong dengan tidak membeli produk buatan negara sendiri.
Akhirnya kerajaan terpaksa membuat duit import yang tinggi kepada produk luar yang cuba masuk malaysia. dan ternyata ini membuahkan hasil kepada negara dan industri di malaysia kerana orang ramai mula membeli barangan malaysia yang murah dan berkualiti.
Jadi, kalau tidak kerana duti import ini pasti barangan negara luar akan memenuhi malaysia. dan akhirnya industri malaysia juga yang mati. Apabila ini terjadi, maka syarikat multinasional seperti levis, coca cola ect akan bertambah kaya. Duit rakyat malaysia akan dihantar semula ke negara barat. Jadilah kita seperti zaman seperti kemerdekaan dulu yang mana duit negara kita dikutip dan dihantar pulang ke britain. Britain makin kaya, kita makin papa kedana.
Itu yang kamu mahu? penjajahan bentuk baru?
jadi pada hari ini,di mana kamu berbelanja? apa produk yang kamu beli? produk buatan mana?
www.ideapelampau.blogspot.com
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment