Dalam kesibukan Kerajaan menghadapi kes selsema babi, radang otak dan juga kes-kes penyakit berjangkit yang lain, timbul gesaan untuk diberikan peluang kepada guru-guru atasan untuk berpolitik. Soalan yang timbul, mengapa guru-guru sahaja? bagaimana pula golongan Profesional dan Pengurusan (PNP) yang lain? Apa istimewanya guru sampai mereka sahaja diberikan hak untuk berpolitik secara aktif?
Menurut peraturan 21 P.U.A 395/1993 (dipinda melalui P.U.A 246/2002), seseorang pegawai PNP tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik secara aktif. Jadi ahli itu boleh. tetapi bergerak aktif itu tidak dibenarkan.
Jadi pergerakan pegawai awam dalam politik memang tidak dibenarkan. Ini kerana ditakuti ada conflict of interest dalam keputusan mereka.
Tapi, sekiranya guru diberikan hak aktif berpolitik, maka kerajaan harus juga menimbangkan untuk melonggarkan syarat ini kepada PNP yang lain. Rasionalnya ialah -
(a) rasuah. Orang politik ini tiada sumber pendapatan. yang mereka ada ialah dari duit yang diberikan oleh parti politik atau rasuah dari kalangan "kawan" perniagaan atau disonglap dari duit peruntukan aktiviti/projek. Pegawai kerajaan ada pendapatan tetap. Dan mereka ini tidak perlu duit luar. Jadi kuranglah sedikit godaan rasuah. Dan selalunya pertimbangan politik orang kerajaan ini disebabkan oleh tanggungjawab kepada negara bukan sebab material; dan
(b) orang politik tidak faham hal dasar kerajaan. kalau diperingkat kementerian itu mungkin Setiausaha politik atau Menteri (orang politik) akan faham dasar kerajaan dan mudah untuk mereka menerangkan kepada orang awam hal dasar ini. Pegawai kerajaan pula memang duduk dalam dan menentukan hal dasar dan mereka juga yang melaksanakan dasar. Diperingkat akar umbi, pegawai ini lebih baik dalam menerangkan hal dasar kerajaan.
jadi, sudah tiba masanya untuk KSN dan JPA untuk menilai hal ini. Berilah peluang sama rata kepada PNP di perkhidmatan lain untuk bergerak aktif dalam politik.
www.ideapelampau.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment