Thursday, May 14, 2009

Kekacauan di Perak: siapa yang sebenarnya untung?

Kekacauan di perak. siapa yang sebenarnya untung?
kita letak tepi ahli politik, bukan ahli politik yang berlagak macam orang politik, orang bukan perak yang tiba-tiba berlagak lebih dari orang perak padahal mereka sebenarnya orang negeri terengganu, kedah, kelantan dan selangor oo..lupa juga negeri pulau pinang dan juga yang sewaktu dengannya, orang perak yang relaks sahaja melihat orang lain menyusahkan hidup mereka.

nah, siapa yang untung sebenarnya? jawapannya ialah so called pakar-pakar undang-undang atau yang menganggap diri mereka pakar undang-undang.

kenapa mereka ini yang paling untung? tiba-tiba sahaja mereka jadi popular. Semua orang hendak pendapat mereka padahal sebelum ini kerja pakar-pakar ini hanyalah pencacai buku sahaja.

Banyangkan sekali dipanggil Media, berapa banyak mereka dapat? untung betul jadi pakar ini kan? mudah buat duit. siapa yang untung?

No comments:

Post a Comment