Friday, February 19, 2010

KEMPEN KEBERSIHAN BANDAR: APA SILAPNYA





Apabila kita bercerita tentang kebersihan pasti yang menjadi bualan dan perkara asas ialah tanggungjawab membuang sampah ditempat yang sepatutnya.

Tetapi adakah anda nampak tong-tong sampah berdekatan rumah anda?

Kita ambil contoh di Lembah Pantai sahaja. Di kawasan perumahan Kerinchi dan Pantai Dalam, berapa banyak tong sampai ini ada disediakan? KOSONG!. 

Kalau sudah tiada tong sampah, di mana tempat yang hendak dibuangkan sampah tersebut? ke tepi longkang lah jawabnya.

Nah, apa yang saya hendak katakan disini bukannya pembuangan sampah domestik tetapi lebih kepada sampah biasa yang selalu di buat orang. Sampah seperti kotak rokok, puntung rokok, kotak dan tin minuman, plastik makanan dan berbagai-bagai sampah lain. Kalau setakat bungkusan gula-gula mungkin ia boleh disimpan dalam kocek dan kemudian apabila tiba dirumah dibuang dalam tong sampah dirumah. Tetapi bagi sampah-sampah besar yang lain, takkan hendak disimpan dalam kocek juga.

Jadi disinilah sebenarnya peranan pihak berkuasa tempatan dalam menyediakan tong sampah kepada masyarakat. Jangan salahkan masyarakat sekiranya kawasan bandar ini kotor. 

No comments:

Post a Comment