Kakitangan Kerajaan diberikan pinjaman Kerajaan untuk membeli Laptop tertakluk kepada had Rm5,000.00
Selalunya laptop yang berikan kepada pegawai ini apabila tamat tempohnya akan dilupuskan iaitu kira-kira 3 tahun selepas pembelian yang mana pihak Perbendaharaan akan mengatakan bahawa laptop itu habis nilai.
Kakitangan Kerajaan yang diberikan pinjaman pembelian laptop pula akan membeli laptop dalam Rm3,000.00 dan claim Rm5,000.00.
Kan lebih baik kalau laptop itu dijual kepada pegawai yang hendak memiliki laptop tersebut. Ini kerana adanya nilai kenangan dalam laptop tersebut dan pegawai menganggap bahawa laptop itu sudah macam kepunyaan beliau.
dan baiknya pula, kerajaan dapat jimatkan kes penipuan pembelian laptop oleh kakitangan Kerajaan dan juga pada masa yang sama dapat jimat wang kerajaan dengan menjual laptop dengan pinjaman kepada pegawai yang hendak membeli laptop itu. Selalunya laptop Kerajaan ini, walaupun sudah 3 tahun, tetapi teknologinya masih hebat juga.
www.ideapelampau.blogspot.com
No comments:
Post a Comment