Saturday, August 8, 2009

Wad Bersalin PPUM: cadangan ini untuk kamu

Apabila si isteri mula dalam keadaan bersedia untuk melahirkan anak, maka tatakala itu juga dia di bawa ke wad bersalin (kalau terpakai lah). Dan ada antara ibu-ibu ini yang dibawa ke wad bersalin PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya).

Wad bersalin ini bagus, lengkap dan ada tenaga kepakaran walaupun kadang-kadang lebih ramai doktor pelatih dari doktor yang melatih. tapi tak mengapa, dengan adanya kakak-kakak nurse yang lagi hebat dari doktor-doktor tersebut maka ibu-ibu yang sedang berjuang nyawa untuk melahirkan anak itu pun dalam tangan yang selamat.

cuma, kali ini kita paparkan keluhan si suami yang menunggu diluar. Letih dan penat. Kadang-kadang semalam. Apa yang ada diluar wad ialah sejumlah kerusi duduk yang hidup segan mati tak mahu. nak duduk rasa kesian, nak buang rasa menyampah. itu le dia tempt untuk menunggu di luar wad bersalin.

kalau hendak status isteri, maka suami tadi terpaksalah masuk kedalam wad dan bertanya kepada nurse-nurse yang memang setia menunggu disitu. Nasib baik juga nurse-nurse ini tahan melayan pertanyaan yang sama dari hampir 10 orang suami pada suatu-suatu masa.

jadi cadangan penambah baikkan kepada wad bersalin PPUM adalah:

1. adakan lah bilik menunggu dengan papan tanda elektronik memberitahu status isteri-isteri kepada suami/keluarga yang menunggu. senang dan mudah kepada mereka ini. kesian mereka, tertanya2, apa yang telah terjadi atau sedang dialami oleh si isteri tadi.

2. adakan tandas di level tersebut. nak tandas? kena pergi ke level g. ada akai ka?

3. bagi le tempat tido untuk suami/keluarga yang menunggu. letih tau semalam menanti. silap-silap, esok pun tido ditempat yang sama juga.

kepada suami-suami: ini untuk anda- bawa sleeping bag. mana lah tau kena tido atas simen.


www.ideapelampau.blogspot.com

1 comment:

  1. elok sangatla tu . .kesianla kat para suami . .nama pon swasta... service kenala mcm swastala ..

    1- tukar la kerusi yg uzur tu ..buat malu jer
    kerusi kat bas stand PUDU lg elok
    2- jururwat kenala profesional.. jgn la nak tenking2 mcm operator tandas..x der class lsng

    ReplyDelete