Friday, August 7, 2009

kedai melayu vs kedai bukan melayu: sihir tutup kedai!

Persaingan di antara peniaga memang terjadi dan lumrah dalam perniagaan. Cuma cara "menang" dalam persaingan itu yang menjadi soal. Ada yang menggunakan cara menurunkan harga dan menambah baik perkhidmatan untuk menang dalam persaingan tersebut. Ada peniaga yang menggunakan cara halus yakni sihir untuk menundukan pesaing mereka.

Bayangkan begini, dalam satu kawasan ada 4 kedai melayu dan 3 kedai cina. Semua menjual makanan. esoknya 2 kedai melayu tutup kerana ada sihir yang di gunakan kepada mereka. apa lah bodohnya melayu ni, sepatutnnya mereka berfikir begini, lagi ramai kedai makan buka dikawasan itu, makin ramai pengunjung akan datang. Kerana? variasi. adakah anda akan datang ke kawasan yang hanya ada 2 kedai sahaja? tentu tidak. kerana apa? satu, anda akan pergi ke kawasan yang ada pilihan@variasi,barulah boleh memilih. kedua, lagi ramai orang lagi bagus kerana "happening", itukan bagus kepada pekedai/peniaga.

jadi kepada makcik dan pakcik peniaga, cuba fikirkan ini, lagi banyak kedai ada menjual benda yang sama dengan kita, lagi ramai pelanggan akan datang. kan ini rezeki?

www.ideapelampau.blogspot.com

No comments:

Post a Comment