Wednesday, June 3, 2009

Pilihanraya kecil: bazir dan menyusahkan!


Mari kita bicara hal pilihanraya kecil (PRK). Ini bukan hal politik, tetapi kewajaran dan cadangan penambahbaikan.

Acap kali dalam tahun ini kita lihat PRK diadakan. Tak kira sama ada sebab lompat parti, letak jawatan atau mati.

Kesemua PRK ini melibatkan pengundian semula. Banyak duit habis disebabkan hal ini sahaja. Duit yang boleh disalurkan untuk kegunaan lain yang lebih bermanfaat. Dalam PRK di Penanti, dikabarkan bahawa SPR telah berhabis RM400,00 untuk jumlah pengundi yang kurang dari 50% keluar mengundi. Berbaloi?

Selepas ini ada satu lagi RPK, iaitu manek urai yang ADUN nya meninggal dunia. Satu lagi pembaziran. Mungkin lagi besar sebab pasti BN dan PR akan bertanding.

Jadi untuk masa depan, PRU 13, dicadangkan-

1. tetapkan umur Yb yang hendak bertanding. Kalau dah umur 60 ke atas, jangan beri bertanding. Orang macam ini, kalau ikutkan fitrah alam, akan mati dalam 5-10 tahun lagi. Kalau mati, pasti menyusahkan lagi. Kena buat PRK.

2. hanya mereka yang sihat sahaja boleh bertanding jadi Yb. Suruh mereka ini isi borang kesihatan. Kemudian mereka kena buat ujian kesihatan. Kalau ada penyakit kronik, yang mana dalam 10 tahun lagi akan mati, jangan kasi mereka bertanding. kalau mati menyusahkan untuk buat PRK.

3. kesetiaan. Pastikan juga mereka ini setia pada parti yang mereka menang PRU. jangan dah menang nak lompat parti. menyusahkan. lihat kes di perak.





salam.
www.ideapelampau.blogspot.com

No comments:

Post a Comment