Saturday, May 30, 2009

ROKOK: hak perokok!




peraturan tembakau akan dikuat kuasa lagi. TAmbahan kepaa 2 lagi tempat larangan merokok akan diwartakan oleh KERAjaan. Tambahan dari 20 yang sedia ada. Sebelum ini tempat-tempat seperti kawasan kerajaan dan juga lapangan terbang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Selepas ini akan ada 22 kawasan larangan merokok. Kawasan baru ini akan meliputi kawasan tempat kerja (bekerja sahaja!) dan lobi-lobi hotel.

Semakin kuranglah kawasan untuk perokok merokok.

Apa yang menarik disini ialah sikap sesetengah golongan masyarakat yang bersikap macam mementingkan kesihatan tetapi sebenarnya hanya berpura-pura. Mereka ini bertindak bukan atas sebab kesihatan tetapi lebih kepada popularity. Mereka ini melihat isu merokok ini sebagai suatu trend. Trend larangan merokok. Kalau tak ikut nanti dikata kolot. Kolot untuk tidak bersama-sama dalam perjuangan membenteras hisapan rokok.

Kalau benar mereka ini serius pasti rokok diharamkan dijual terus. Habis cerita. Tutup Cerita. Jadi tidak perlu ada suatu larangan merokok kalau rokok itu haram dijual dan dihisap. Tetapi barangkali mereka ini juga sedar bahawa sebenarnya rokok sudah menjadi budaya. Budaya yang tertanam beribu tahun dalam manusia. Yang sukar untuk dibuang.

Kalau bercerita tentang rokok pasti dikaitkan dengan kesihatan. Bagaimana pula dengan arak? bukankah arak itu lagi bahaya dan tentu haram. Arak boleh membunuh, boleh membuatkan seseorang jadi perogol, pembunuh, pembuli dan pasti boleh menjadikan seseorang itu sangat kurang produktif kerana gangguan pemikiran disebabkan oleh ketagihan arak. Mengapa arak tidak diharamkan? mengapa iklan arak masih ada dalam suratkabar? mengapa perlu ada doubel standard kepada rokok dan arak? mengapa?

Jadi akhirnya, sikap masyarakat yang berpura-pura ini yang menjadikan rokok kambing hitam dalam acara "kesihatan". Mengapa kesihatan? sebab ia trend terkini. sama seperti budaya lesbian, gay dan homoseksual.

Perokok sekalian!, gabung tenaga kamu. INI SUDAH masanya untuk bersuara. Berapa ramai anda diluar sana? tunjukkan suara mu. Bersatu menentang keputusan double standard ini. Kalau gay dan homo diberikan hak untuk bersuara, mengapa tidak anda?

hak untuk merokok. Rokok itu dibeli. bukan dicuri. ia dikenakan cukai. cukai digunaka kerajaan untuk perbelanjaan negara. Perbenlanjaan negara untuk membina negara. duit rokok itu adalah untuk membina negara. ingat itu. jadi mintak negara bina tempat khas untuk merokok. tempat seperti ini sudah ada di PARLIMEn dan juga di PICC. Minta KERAjaan bina lagi tempat seperti ini dimerata tempat. untuk kemudahan kita. kerana kita membayar cukai yang diguna untuk membina negara.

berita dibawah dipetik dari www.utusan.com.my

Zon larangan merokok diperluas
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKARsyahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Mei – Perokok-perokok bakal berhadapan ‘cabaran’ yang semakin sukar.
Ini kerana dua lagi zon larangan merokok di seluruh negara akan diwartakan oleh kerajaan tidak lama lagi menjadikan 22 zon semuanya.

Zon larangan terbaru itu bakal meliputi semua tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat dan lobi-lobi hotel.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika bercakap mengenai cadangan terbaru itu berkata, pertambahan zon itu kini di peringkat cadangan.

Beliau melihat pertambahan zon larangan itu sebagai amat perlu bagi melindungi kepentingan kesihatan orang ramai terutama yang tidak merokok akibat terhidu asap rokok.

Cadangan tersebut, katanya, apabila berkuat kuasa kelak akan memberi kuasa orang ramai di sekeliling perokok di zon larangan menegur mereka yang ingkar dengan cara bersopan seperti meminta mereka menghentikannya atau beredar.

‘‘Apabila perokok ditegur, mereka akan berasa malu dan terasing seterusnya menggalakkan mereka berhenti melakukan tabiat itu,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2009 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Brunei, Malaysia dan Singapura, Han Tieru; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Ramlee Rahmat dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Datuk Zuraidah Atan.

Dalam pada itu, Tiong Lai sewaktu sidang akhbar selepas perasmian tersebut menegaskan, berkuat kuasa semalam, para peniaga dan peruncit dilarang menyertakan sebarang tawaran hadiah apabila menjual apa-apa hasil tembakau kepada orang ramai.

Katanya, pewartaan itu dibuat kerana kementeriannya mendapati beberapa syarikat pengeluar rokok sebelum ini menggunakan taktik kotor seperti menyertakan hadiah kepada setiap pembelian rokok dalam usaha mempromosi produk mereka.

Pewartaan menurut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2009 itu juga melarang sebarang bentuk objek atau benda dijual bersekali dengan hasil tembakau atau menawarkan sebarang hasil tembakau ke atas setiap pembelian apa-apa produk.

Tegasnya, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan melanggar peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu beliau mengingatkan, semua syarikat pengeluar rokok wajib mempamer ‘Amaran Kesihatan Bergambar’ pada kotak rokok masing-masing bermula Isnin ini.

Katanya, amaran menggunakan enam imej ngeri pada badan dan organ perokok kesan tabiat itu diumumkan oleh kerajaan September lalu dan telah mula dilaksanakan beberapa syarikat.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Ramlee dipilih sebagai penerima Anugerah Serantau Hari Tanpa Tembakau Sedunia WHO tahun ini bagi menghargai usahanya mengawal penggunaan tembakau dan memerangi penyakit akibat merokok di Malaysia.

No comments:

Post a Comment