Tuesday, May 12, 2009
Kerja efisien: semua orang kena kerja
Pengangguran dan guna tenaga kerja merupakan perkara yang berkait. Satu akan ada sekiranya yang satu lagi ada. Bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku.
Dalam usaha negara mencapai guna tenaga yang efisen kan lebih baik kalau difikirkan cara untuk membolehkan semua orang kena bekerja. Apabila semua orang kena bekerja dalam negara tersebut maka masalah penganguran dan juga pendatang asing yang bekerja di negara ini akan dapat dikurang kan malahan ditiadakan langsung.
Bagaimana menjadikan hal ini suatu realiti?. Mudah sahaja. Apabila tamat sahaja sekolah menengah, seorang individu ada 2 pilihan. Pertama, sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan Kedua, bekerja.
Umur habis sekolah menengah adalah dalam lingkungan 17 tahun [ada yang 18 tahun bergantung lah kepada sekolah mana]. Habis belajar kena pergi ke PLKN. Kemudian dia diberi pilihan sambung belajar atau bekerja.
Sambung belajar
individu ini boleh menyambung pelajaran dan apabila habis belajar mereka ini boleh diberikan peluang untuk sambung lagi belajar atau bekerja. Kalau bekerja mereka perlu mengisi apa-apa jawatan dalam masa 6 bulan. Sekiranya mereka ini masih menganggur, kerajaan berhak mengarahkan mereka ini berkerja/diambil berkerja di jabatan kerajaan atau diswasta. Konsep ini macam kerahan tenaga tetapi ini lebih baik berbanding membiarkan mereka ini tanpa kerja dan duduk goyang kaki dirumah. Ini juga bertujuan untuk memenuhi jawatan yang kritikal kosong dan juga bertujuan "mengajar" mereka yang memilih kerja supaya cepat sikit bekerja.
dengan adanya cara ini pasti semua orang akan bekerja dan negara akan lebih makmur.
Terus bekerja selepas sekolah
Bagi golongan ini yang lebih berminat untuk terus bekerja. Boleh terus diserapka dalam jawatan yang memerlukan pekerja. Ini dapat menjimat masa mencari kerja dan juga memberikan peluang pekerjaan yang cepat kepada golongan ini.
nota:
Dalam kesemua kes di atas. tindakan yang diambil pasti membolehkan guna tenaga yang efisen. Kerajaan boleh menentukan dimana seorang individu itu perlu bekerja. Mungkin di sawah padi, di kebun-kebun, di estet, sebagai nelayan, buruh binaan atau apa saja pekerjaan yang difikirkan sesuai untuk individu ini. Ingkar arahan, maka hukuman penjara atau tembak boleh diberikan.
Bayangkan dunia tanpa melepak. Tidak ada masa untuk membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dan pastinya aman damai negara ini.
www.ideapelampau.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment