Kalau anda kakitangan Kerajaan ada membuat pinjaman kewangan membabitkan ANGKASA yang mana potongan tersebut di buat kepada gaji anda, maka wajib anda kisah hal ini.
Selama ini potongan gaji anda itu bukan percuma. Untuk transfer potongan tersebut dari pusat pembayar (PTJ) kepada institusi yang memberi pinjaman tersebut (macam koperasi),anda (ya anda) kena bayar FI RM 10 (duit caj) . Fi ini diambil oleh Angkasa. Padanlah tahun lepas (2009) sahaja Angkasa untung RM2.6B!.
Sekarang ini Kerajaan akan mewartakan bahawa fi yang boleh dikenakan adalah RM 1. Ini pastinya menjimatkan kakitangan Kerajaan. Tetapi bagi Angkasa, ini adalah malapetaka. Selama ini kalau tak kerana transaksi ini tentu dah lama Angkasa mati muflis. Bayangkan berapa ramai kakitangan yang meminjam wang menggunakan Angkasa, dengar kabar sampai 800,000 ribu orang daripada 1.3 Million kakitangan Kerajaan ada membuat pinjaman begitu. Bayangkan, tiap-tiap bulan Angkasa goyang kaki dapat 800,000 x RM 10!. Jadi tentu-tentu bila Kerajaan nak buat begitu, Angkasa melompat.
Angkasa dah bersuara. Mereka tetap nak untung. Walaupun yang rugi nanti orang Kerajaan. Tapi apa yang CUEPACS buat? CUEPACS senyap. Membisu macam orang bisu, pekak macam orang tuli dan membutakan mata macam orang buta. CUEPACS bab-bab ini memang tak boleh harap. Kalau bab naikkan gaji, mintak bonus memang dialah juara. Patutnya CUEPACS pada masa ini kenalah bersetuju dan menyokong penuh dasar Kerajaan itu kerana ia pasti menguntungkan warga kakitangan Kerajaan. Dan CUEPACS patut lebih aktif lagi dengan mencadangkan kepada Kerajaan supaya semua faedah pinjaman membabitkan kakitangan Kerajaan dikenakan hanya 1-2% sahaj berbanding 3-6% sekarang.
Jadi Haji Omar, kamu duduk sebagai Presiden CUEPACS kena lah bersuara. Kalau boleh buat memorandum terus kepada PM. Tapi melihat gaya sekarang, rasanya si Haji Omar ini pasti akan macam biasa, senyap aja.
No comments:
Post a Comment