INI adalah contoh menteri yang akan membuatkan kakitangan Kerajaan menyampah pada anggota Pentadbiran. Pertama sekali dia cakap tak ikut otak. kedua dia cakap tak sensitf langsung pada perasaan kakitangan Kerajaan.
YB Menteri tak ikut otak bila bercakap apabila dia kaitkan Kekalahan BN pada PRU yang lepas yang dikatakan disebabkan oleh Kakitangan Kerajaan. Dia kata pasal perkhidmatan kakitangan Kerajaan lah maka rakyat undi Pembangkang. Haiya tambi, memang betul la disebabkan kakitangan Kerajaan la BN kalah tetapi itu terjadi apabila kakitangan Kerajaan vote pembangkang. Kalau tidak takkan KL dan Selangor jatuh ke tangan Pembangkang. KL dan Sgor banyak kakitangan Kerajaan. Kekalahan BN bukan disebabkan oleh layanan dan perkhidmatan kakitangan Kerajaan tapi disebabkan sikap anggota Pentadbiran yang bongkak dan sombong.
Ada beberapa kes yang mana menyebabkan kakitangan Kerajaan bersatu hati dengan memangkah pembangkang. Pertama kes bonus. Sudahlah Kerajaan pada masa itu naikkan harga minyak dan harga barang pun turut melambung, Kerajaan pula tidak mahu memberi bonus kepada Kakitangan Kerajaan walaupun perkhidmatan Kerajaan bertambah baik. Kes kedua berkaitan dengan Tan Sri KSN sendiri yang dilihat pro anggota pentadbiran menjadikan ramai kakitangan Kerajaan bertambah sakit hati. Kes ketiga melihatkan kepada campur tangan anggota pentadbiran yang terlalu sangat MAKAN duit rakyat. Kontrak yang patutnya beberapa juta jadi berjuta-juta disebabkan campur tangan ini. Ini yang menjadikan kakitangan Kerajaan mengamuk.
So kalau YB Menteri kata dia akan ambil tindakan kepada kakitangan Kerajaan, maka cerminlah diri mu sendiri. Perkataan ini tidak sensitif langsung kepada perasaan kakitangan Kerajaan. Adakah setiap aduan yang diberikan kepada kamu itu wahai YB Menteri menjadikan Kakitangan Kerajaan salah? adakah disebabkan kakitangan Kerajaan tidak mahu melayan surat kuat MENTERI maka YB Menteri kata kakitangan salah?
Kalau inilah gaya YB Menteri maka tak mustahil BN AKAN KALAH LAGI DALAM PRU13!.
cuba YB Menteri renungkan ini:
Ahli Politik, Mereka datang dan pergi.
Ahli Politik, pegang jawatan sepenggal dah berlagak
Yang tinggal adalah kakitangan awam. Kerana mereka berkhidmat under the pleasure of YDPA and NOT Members Of Administration!.
www.ideapelampau.blogspot.com
No comments:
Post a Comment