Thursday, October 22, 2009

Syarat fizikal dalam pekerjaan: ala polis dan tentera pun ada syarat sebegini!

Bentuk fizikal bukan syarat jadi guru


PUTRAJAYA 22 Okt. - Kementerian Pelajaran menolak sebarang unsur diskriminasi dalam proses pemilihan guru pelatih berdasarkan bentuk fizikal individu.


Merujuk isu melibatkan Joanna Gilbert Asson, 29, yang mendakwa diarahkan meninggalkan Kolej Latihan Guru Rajang di Bintangor kerana bertubuh gemuk, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian tidak mempraktikkan dasar berkenaan.


Mengulas kes itu yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, beliau berkata, Ketua Pengarah Pelajaran telah diarah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.


''Berdasarkan standard kriteria, Joanna telah berjaya dalam proses pemilihan dan layak sebagai pelatih baru untuk kursus latihan guru pasca siswazah.


''Kementerian dimaklumkan Joanna telah melapor diri untuk pendaftaran pada 22 Jun dan selepas itu membuat keputusan menarik diri daripada kursus berkenaan serta menuntut semula yuran pendaftaran," kata beliau dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia hari ini.


Laporan akhbar berkenaan mendakwa Joanna telah diarahkan oleh seorang pegawai di institusi itu supaya kembali semula ke situ pada tahun depan hanya selepas dia berjaya menurunkan berat badannya.


Muhyiddin seterusnya berharap Joanna akan mengkaji semula keputusannya menarik diri menyertai kursus berkenaan.


dipetik dari utusanonline


p.s


Ukur baju dibadan sendiri kalau hendak membuat sesuatu. Inilah yang paling penting sebelum kita cuba-cuba melaksanakan sesuatu pekerjaan/tindakan. 


Kerana apa? kerana ada pekerjaan yang memang tidak sesuai disebabkan oleh ketinggian, berat badan, cacat anggota ataupun bangsa/agama.


Kalau kita gemuk dan hendak menjadi cikgu latihan jasmani, rasanya memang tak kena. Tetapi kalau kita gemuk hendak menjadi chef, memang tepat sekali.


Sifat kita akan mempengaruhi persepsi orang ramai. "First appearance" atau pandangan pertama merupakan faktor kritikal dalam menentukan kebolehpercayaan orang kepada kita. Kalau kita lawyer, pakai baju macam penagih dadah, adakah orang akan percaya? kalau kita cikgu jasmani badan gemuk gedempol adakah anak-anak murid akan percaya bahawa pendidikan jasmani akan memastikan kita sihat/kurus etc?


Jadi fikir-fikirlah. ohh ya, dalam polis dan tentera ada diberikan syarat cukup sifat iaitu tiada cacat anggota sama ada dari segi pemakaian cemin mata atau dari segi ketinggian/berat. Adakah ini juga discriminasi? 


www.ideapelampau.blogspot.com

No comments:

Post a Comment