Wednesday, October 21, 2009

Kawin dan 4 tanggungjawab berat yang perlu di galas

Sekadar imbasan:


Saya berjumpa seorang rakan. Rakan lama. Hampir 15 tahun tidak bertemu. Dia sudah berkahwin. Ada anak dua. Isteri bukan calang orang. Terkenal jugalah. Bercerita segala hingga lupa masa. Akhirnya kami berpisah juga. Dan kawan itu adalah lelaki ye. 


Kesimpulan dari cerita si rakan, perkahwinan adalah-


1. Tanggungjawab berat;


2.Perlu persediaan Mental- kerana bermacam kerenah kehidupan suami/isteri/anak/keluarga perlu diambil kira;


3. Perlu persediaan fizikal- opss bukan untuk hubungan suami/isteri sahaja tetapi juga kerana perlu kerap berjalan, bangun malam dan angkat barang. 


4. Perlu persediaan Financial- Kahwin perlu wang. Dah kawin perlu wang untuk rumah, bil, kereta, duit makan anak, duit lampin anak, duit jagaan anak, duit bagi mak ayah, duit makan sendiri etc..


Jadi, adakah anda bersedia untuk berkahwin?







No comments:

Post a Comment