Membaca beberapa blog milik guru di internet ini menjadikan penulis teringat kisah-kisah lama di zaman persekolahan. Macam-macam yang dicoretkan oleh cikgu-cikgu tersebut. Tetapi yang menyedihkan ialah penggunaan bahasa dan ejaan yang caca marba dalam beberapa blog milik cikgu-cikgu ini. tidak dinafikan ada yang menulis penuh dengan tertib tatabahasa namun yang dua -tiga kerat yang tidak reti-reti menggunakan ejaan dan tatabahasa yang betul sangat menyakitkan hati terutama mereka ini cikgu!.
Cikgu-cikgu tersebut menulis mengikut ejaan anak-anak remaja zaman kini. Penuh dengan "short form" dan ejaan yang dibunyikan ikut mulut yang herot.
Kepada cikgu-cikgu tersebut, janganlah merendahkan martabat bahasa Melayu. Sebagai seorang profesional gunakan ejaan yang betul. Jangan pula kita memarahi anak murid kita oleh kerana mereka salah guna bahasa dalam masa yang sama kita pula yang mempromosi penggunaan bahasa yang tidak betul tersebut. Bahasa pasar boleh digunakan sekali sekala tetapi bahasa remaja seperti ejaan aku yang ditulis "AQ atau Haku" adalah SALAH sama sekali.
Pendidik tugasnya mulia, mereka mendidik dan membetulkan salah orang lain. Ejaan yang silap itu jika terjadi boleh disalahkan tetapi kesengajaan yang dibuat-buat adalah salah dan tetap akan salah sampai bila-bila. Jadi jangan nanti orang akan kata "ala cikgu dalam blog pun tulis macam tu". Kalau sudah sampai macam tu, kemana hendak diletakkan muka?
p.s
Bidalan melayu- cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari. ada faham maknanya?
www.ideapelampau.blogspot.com
No comments:
Post a Comment