Malaysia sekarang ini merupakan negara yang gila KPI. Semua nak KPI. Dulu waktu zaman ISO semua berebut nak ISO. Tetapi ternyata ISO itu menyusahkan. Lebih banyak paperwork daripada kerja dan lebih banyak kerenah daripada menyelesaikan masalah. Mungkin itu sebab KPI di ambil mengantikan ISO.
Di pihak Kerajaan, ada beberapa penunjuk prestasi yang digunakan atau masih digunakan.
Pertama- ISO
kedua- SKT
Ketiga- Star Rating
Keempat- KMK
kelima- KPI
Keenam- 5S
Ada sesetengah Jabatan itu, semua petunjuk prestasi ini mereka sebat pakai. Yang pening orang bawah. Bos sedap sahaja mengarah.
Berbalik kepada isu yang di atas. Pak Menteri sekarang ini sudah ada KPI. Dikabarkan selepas ini semua KSU pun akan ada KPI.
Mari kita tambah sedikit, kalau betul KSU pun hendak kena KPI, apa kata seluruh kakitangan kerajaan pun kena KPI.
Bayar gaji ikut KPI. Achieve KPI, maka dapatlah kenaikan tahunan. Tak achieve KPI, maka kenaikan tahunan pun tak ada.
Akhirnya semua orang kena kerja. Cuepac bersetuju tak cadangan ini?
No comments:
Post a Comment