
Tersebut kisah gerangan seorang bangsawan bernama tengkujuh di heret ke Mahkamah. Dihari perbicaraan tersebut, peguam bela beliau tidak hadir. Ikuti wawancara dengan bangsawan tersebut.
Uwartawan (UW): Tengku, Tengku, tunggu kejap, hamba nak interview ni pasal kes hari ini. (sambil termengah-mengah berlagi mengejar tengkujuh.
Tengku (TJ): ha, nak apa? kamu ni mesti dari beritaheran kan? aku tahu siapa yang funder kamu.
UW: eh tengku, bukan lah. Kami ni dari serakah.com. funder kami tengkulah. siapa lagi.
TJ: OIC. orang aku rupanya. ha apa yang kamu nak interview tadi?
UW: kenapa kes ini ditangguhkan?
TJ: peguam utama sakit perut la. semalam dia beritahu aku, hari ni kes nak jalan, aku kata mana ada jalan. terus dia sakit perut. kesian-kesian.
UW: adakah ini mungkin konspirasi atasan untuk menjatuhkan tengku?
TJ: ya betul., aku pun tak terfikir pulak. Mungkin semalam orang atasan dah campur benda dalam telefon peguam aku tu. itu yang lepas aku cakap dengan dia dia pun flat out.
UW: jadi betullah mmg ada konspirasi?
TJ: memang ada. Pasti ada. Kena ada.
UW: Jadi, apa tindakan tengku lepas ni?
TJ: aku akan terus berarak dan buat demo kat serata pelusuk negara hujung tanah ini. Ini konspirasi tertinggi ni. Sampai peguam aku pun kena sakit perut.
UW: jadi bukan lah tengku sengaja melewat-lewatkan perbicaraan ini?
TJ: siapa kata? peguam aku sakit perut sebab kena santau la. tak guna punya orang atasan.
UW: selepas ini tengku akan kemana?
TJ: mungkin akan ke US. ada kengkawan nak jumpa. lepak-lepak minum-minum. kalau aku rasa nak kalah aku stay lah kat sana.
UW: passport macam mana? ada ke? kan ke passport tu kat Mahkamah?
TJ: tu lah, aku tengah fikir lah ni, tapi aku dah mintak peguam aku yang satu lagi untuk buat permohonang dapatkan passport tu balik.
UW: so, kalau tak dapat passport tu bermakna mmg ada konspirasi lah ni kan tengku? mereka nak halang tengku dari keluar negara untuk urusan rasmi negara kan?
TJ: ye..ye betul2. memang ada konspirasi
UW: oklah tengku, saya dah habis interview ni. Yang ramai-ramai ni siapa? siap black and white lagi?
TJ: ooo..inilah antara 20 orang peguam aku. yang sakit perut tu salah seornag dari mereka lah.
UW: oic. macam tu ke. saya balik dulu la tengku. malam ni kalau free datang le rumah. saya sorang je.
TJ: bagus jugak tu. lama tak ke belakang.
No comments:
Post a Comment